tok tok harimau pukul berapa sekarang?

Friday, December 20, 2013

CEMBURUKAN KEHADIRAN MUAZ...


Assalammualaikum wbt.

Pagi jumaat nan indah di bulan Disember.

Sedar tak sedar, dah pun sampai ke penghujung tahun 2013. Perkahwinan mama dan papa telah genap 2 tahun pada 17 disember yang lalu. Semoga Allah terus memberi barakahNya dalam rumahtangga kami. Dan semoga Allah kurniakan mama dan papa anak-anak yang soleh dan solehah sebagai penyejuk hati.

Alhamdulillah!

Hujan yang turun sepanjang bulan disember ini juga membawa rahmat buat keluarga mama. kak long telah selamat melahirkan  cahaya mata keduanya pada 16 DISEMBER 2013. And it’s a boy! Barangkali belum ada nama lagi. Mama pun belum berkesempatan lihat wajah baby boy kak long.
Insya Allah petang ni mama, papa dan zaira akan pulang ke Melaka untuk ziarah kak long dan baby.  Nanti mama sharekan gambar baby boy kak long.
Kang ngah sekeluarga dah pun ada di Melaka.

Okey, tak sah la kan kalau mama tak cerita tentang si little Zaira.

Alhamdulillah, dua tiga hari ni mama tak sihat, zaira macam faham je. Zaira tak buat perangai. Kadang-kadang zaira akan baring sebelah mama, tengok-tengok dah terlelap je. kasihan tengok wajah si kecil tu.
Tapi ada jugak waktunya zaira akan meragam. Itu perkara normal untuk kanak-kanak seusia zaira. Terutama sejak bulan pertama, baby Muaz datang. Baby Muaz adalah anak kepada kawan sekerja mama. Pendek cerita, Zaira dan Muaz ni berkongsi pengasuh yang sama.

Gambar Baby Muaz ketika baru lahir. so cute! 



Sejak muaz hadir, wan kerap adukan perangai zaira. 
sebenarnya mama pun perasan.

Apa yang wan adu tu semua betul. mama tak nafikan.
Memang mama perhatikan, Zaira kerap mengamuk dan menangis sejak adanya Muaz, sampai terbawa-bawa ke rumah perangai cengengnya tu.
Pagi tadi, wan bagitau mama, bila wan pangku Muaz, zaira akan bising-bising macam marah-marah kat muaz.
Mama terfikir, dalam usia zaira dah setahun dua bulan ni, dah tentu zaira dah ada perasaan cemburu dan bimbang kehilangan kasih sayang dari wan.
Mujur jer, zaira masih belum boleh cakap. Kalau tak sah-sah dia cakap” wan ni dah tak sayangkan zaira lagi ke..” hehe.
Jadi, mama rasa tanggungjawab untuk menukar perasaan cemburu tu kepada kasih sayang, memang tanggungjawab yang besar. Nak-nak bila zaira bakal jadi kakak kelak, mama dan papa perlu persiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran bersikap adil, supaya tak ada anak-anak mama yang terasa hati nanti. Insya Allah.. zaira akan jadi kakak yang penyayang!

Friday, November 8, 2013

TERUSKAN MELANGKAH WAHAI SERIKANDI ISLAMKU


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.

Assalamualaikum my little caliph, Zaira Rizqa..

Ingat tak mama tulis tentang nak sharekan video Zaira belajar berjalan sbelum ini?

Alhamdulillah, dengan izin Allah, harapan mama dipermudahkan..

Thank you Allah..

Video ni bertarikh 8 November 2013. Zaira mula bertatih pada 1 Muharam yang lalu.
bermakna sudah empat hari berlalu sejak hari pertama..


Syukur, walaupun ketika berjalan itu zaira terjatuh, tapi zaira bersemangat untuk bangkit semula dan teruskan bertatih.

Begitulah hidup ini, satu hari nanti, bila zaira sudah dewasa, tempuhlah perjalanan ini dengan semangat ketabahan yang kental.. jangan mudah berputus asa ya sayang.

Setiap kejayaan dan kemanisan hidup itu datang dengan sifat sabar.

Kesukaran, kelelahan, dan kepahitan hidup perlu ditempuh. walaupun mungkin kita akan menangis tatkala berada di persimpangan perjalanan panjang yang adakala menyakitkan itu...

Menangislah! tapi jangan sesekali  berundur menyerah kalah berputus asa. 

Teruskanlah melangkah wahai serikandi Islamku!

Allah bersamamu..



Tuesday, November 5, 2013

GIGI, BERTATIH, AMIN, TIGA dan BUNYI KAMBING!


Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt Zaira Rizqa!

Semoga menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin.


Mama sedang menghadapi minggu-minggu terakhir yang sibuk.
Rindu betul mama nak update blog ni untuk zaira rizqa.
Bukan tak ada cerita terbaru. 

Banyak sangat yang nak dikongsikan tentang perkembangan Zaira Rizqa.


Astagfirullah. Sekali lagi kelemahan mama dalam merancang waktu.  =(

Dan hari ini, akhirnya Allah memberi kesempatan untuk mama menulis. Alhamdulillah.

Oh ya. Zaira dah 1 tahun 1 bulan. Semakin aktif dia sekarang. 

Gigi dah ada 6 batang. 4 atas,  dan 2 di bawah. Yang atas tu bukan main besarnya. Ikut acuan gigi mama kot..hew hew hew..


 Tapi walaupun besar, tetap cute. 
Bertambah cute bila jari mama kena gigit sbb disangkakan isi ayam..
Makanan kegemaran si kecil ni buat masa ni isi ayam dengan roti. Nasi memang tak mau.  
Pun ikut macam mama.


Semalam papa belanja makan nasi arab di resotan seremban2.

sumber: google.. tapi memang kat sini la kami makan semalam. :)

Terima kasih papa belanja kami makan nasi arab yang marvelous. Maaf lah ya, sebab tak ada gambar kenangan nak ditempek kat blog. sibuk sangat makan sampai tak sempat capture gambar..hehe..

Alhamdulillah, memang sedap. Ayamnya pun lembut, senang bagi zaira makan.
Good girl, yang tak pernah meragam bila di bawa keluar ke mana-mana. Alhamdulillah!


Perkembangan lain, genap-genap entry ni ditulis, zaira dah boleh bertatih. Tapi jatuh-jatuh.
Lepas tu laju semacam jer..kaki macam tak pijak tanah nak dapatkan mama yang sengaja berdiri jauh-jauh.
 Saja mama berdiri jauh sebab nak latih zaira berjalan. 
Kadang-kadang zaira akan berjalan senget ke tepi, macam ketam.. 
terhibur betul tengok gelagat zaira belajar berjalan. 
Tapi dah pandai mengelat, sebab merangkak dulu, bagi dekat sikit dengan mama. 
Kiranya dua tiga tapak dah sampai kat mama. 
Isk..isk..isk..bijak-bijak!


Insya Allah, mama cuba untuk shoot dan kongsikan video zaira belajar berjalan nanti. Masalahnya, zaira ni tak boleh la mama nak ambil video dia.. dia akan stop semua benda yang dia buat dan nak main kamera/handphone tu pulak.

(-_-)"

Okey next..
Perkembangan pembelajaran zaira..
Baby khalifah zaira sekarang tengah belajar iqra.
Boleh sebut huruf “ba” dengan jayanya. hehe.
Yang lain semua ke laut. Hihi

okey kawan2, ikut uztazah zaira baca yea..ni bunyinya fa da.. pandaiii!!
kusyuk mengaji. Alhamdulillah. anak yang rajin. 



Bila mama selesai jer baca surah al fatihah, zaira akan sebut “aaa einnn”.. which is merujuk kepada aminn. Tapi ni pun ikut mood dia jugak, ada masa dia nak sebut, ada masa dia diam jer.

Satu hari tu, mama balik kerja ambil zaira, wan semangat bagitau zaira dah pandai sebut  nombor tiga dan pandai bunyikan bunyi kambing.

Mama pun test..bunyi kambing macam mana zaira?
Bekkk!
Errrr!! Memang betul bunyi kambing..huhu

Wan pun ajar zaira mengira.
Bila sebut: satu, dua…
Zaira akan sambung.. “ nii..gaaaa!” niga= tiga.
Masya allah..

Bahagianya melihat perkembangan zaira. =))

Alhamdulillah! Semuanya dengan izin Allah.

Tuesday, October 15, 2013

SALAM IDUL ADHA ZAIRA RIZQA...


Assalammualaikum zaira rizqa.

Hari ini bukan hari yang biasa. 
Hari ini hari yang istimewa dan penuh barakah bagi umat Islam.
Hari ini ialah hari raya idul adha..


Sempena menyambut Hari Raya Qurban ni..

mama nak ceritakan kisah dan pengorbanan Nabi Ismail a.s dan ayahandanya Nabi Ibrahim a.s.. 
kisah bagaimana taatnya bapa dan anak ini dalam menerima dan mentaati perintah Allah...

juga cerita tentang keimanan yang tersemat teguh dalam jiwa nurani mereka..


Kisah ini tercatat dalam Al Quran.

Di suatu ketika, Nabi Ibrahim menerima wahyu dengan cara mimpi yang benar untuk menyembelih anaknya. sudah tentu, ianya satu ujian yang besar dan sukar bagi seorg ayah ke atas anaknya yg masih kecil dan ditatang dgn penuh kasih sayang. 

namun begitu, disebabkan tingginya keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap ALLAH, bapa sedia menyembelih anaknya dan anaknya pula sedia disembelih kerana patuh dengan perintah Allah... 
alangkah tinggi dan agungnya ketaatan mereka kepada Allah swt, hingga diuji dengan nyawa sekalipun, mereka tetap mematuhinya.


Ketika keduanya bersedia utk melaksanakan perintah Allah...dan Ismail bersedia menghulurkan lehernya, ketika itulah Allah telah menyeru malaikat Jibrail supaya menggantikan Ismail dgn memberi seekor kibas yg gemuk.

Allah berfirman, ertinya:


Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,

Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya Demikianlah Kami memberi Balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar."
(QS. Ash-Shaaffat: 104-107).






Selamat hari raya idul adha zaira Rizqa.

zaira tak pergi beraya ke mana-mana. Cuma tunggu tetamu datang. (kot-kot ada..)
Sambil busy mengemas pinggan mangkuk tok mak.


Anak dara mama yang sungguh rajin mengemas...



Aktiviti mengemas tergendala.. kita posing dulu sebelum sambung kemas balik..hihi



Selamat hari raya semua!!! 


Saturday, October 5, 2013

DOA MAMA UNTUK ZAIRA RIZQA DI ULANGTAHUN PERTAMA KELAHIRANMU..


Bismillahirahmanirrahim..

~Ya Hannan, kurniakanlah kepadanya hati yang dapat merasai keindahan iman…
yang dengannya, dia mendapat ketenangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat~

05 Oktober 2013 

Mudah-mudahan, hari ini adalah permulaan yg baik buatmu..

Selamat hari lahir yang pertama.. semoga redha Allah SWT mengiringimu selalu duhai anakku…:)
 Amin ya Rabb al Amin
 Hari ni genaplah setahun usia zaira Rizqa

Alhamdulillah

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan rezeki yang sangat beharga kepada mama dan papa

Anugerah yang terindah kepada kami...


Selamat hari Lahir sayang..

Semoga ZAIRA RIZQA
Menjadi anak yang solehah

Anak yang mendengar kata.. Menghormati ibu ayah

cemerlang dunia dan akhirat... 

Semoga sihat sentiasa dalam meniti hari-hari untuk membesar


Zaira rizqa membawa maksud yang bermakna buat mama. 
Satu hari nanti mama percaya zaira mesti akan tanya kenapa mama namakan Zaira dengan nama zaira Rizqa

Dan inilah kisahnya…

Saat kelahiran zaira rizqa ke dunia ini, mama sangat-sangat bersyukur kepada Allah.

Saat itu mama berdoa, semoga kehadiran zaira dapat menyemarakkan lagi cinta dan kasih di antara papa dan mama, seperti berkembang mekarnya sekuntum “bunga.”

Saat itu, mama juga berdoa semoga mama dan papa mampu menjadi ibubapa yang cemerlang, bersama-sama mendidik Zaira Rizqa menjadi seperti sekuntum "bunga" (Zaira) yang dihiasi dengan kelopak AKHLAQ yang MULIA, harum wanginya dengan ILMU AGAMA, cantiknya kerana IMAN dan TAQWA. 

Kelahiran Zaira Rizqa juga tentunya akan menambah "rezeki" (Rizqa) kepada mama dan papa seperti yang dijanjikan Allah. 

Rezeki yang dimaksudkan bukanlah berbentuk harta semata-mata, malah lebih bermakna dari itu.

Lahirnya Zaira rizqa membawa bersama REZEKI dalam bentuk KEBAHAGIAAN, KEHARMONIAN dan KETAQWAAN kepada ALLAH dalam diri mama dan papa.

Malah mudah-mudahan mama dan papa akan mendapat rezeki harta berbentuk DOA daripada anak yang soleh/solehah apabila mama dan papa bersemadi di pusara kelak. 
Amin.

Selamat hari lahir sayang!




Sunday, September 29, 2013

THE SPEECH OF ALLAH



Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt zaira rizqa…

My beautiful baby..
Today, we will read the most important words you will ever need.
The speech of ALLAH, revealed to one man, 
Muhammad.
 He is our beloved Nabi.


My love, Zaira Rizqa..
This is the Glorious Al Quran.


The words of your Lord.
Within it, you will find the most beautiful words
You will find good advice and guidance
And also, you will find sound knowledge.
Masya Allah! 

So together, let us read Al Quran.
Let’s start with surah al fatihah.



Have a blessed day my little caliph!

Thursday, September 26, 2013

UPDATE: ZAIRA RIZQA RINDU MAMA YA?


Assalamualaikum wbt

Semoga Zaira Rizqa, anakku sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT..

Ammen ya Rabb

mama cuma nak update sikit tentang entry sebelum ni..

Sekarang mama masih di hotel Ancasa..
Hari ketiga mama di sini, Alhamdulillah, syukur.. Segalanya hampir selesai..
Tak sabar menunggu detik 12.00 pm, untuk check out esok.

Rindu pada zaira usah dicerita. Itu hanya Allah yang maha mengetahui.
Malam pertama, lena tak kunjung tiba.

Mama menelefon papa bertanyakan zaira. 
Jadual yang padat menyebabkan mama tak dapat berhubung selalu
Bila mama telefon papa, selalunya papa dah tidur, tapi Papa jawab zaira okey.
Sekurang-kurangnya mama lega.

Malam tadi mama tanya lagi update tentang zaira.
Sedih hati dengar bila papa cerita, zaira terjaga lebih kurang pukul 1 pagi, dan menangis.
Bila papa sua susu pun dia menangis tak mahu. 10 minit papa pujuk-pujuk, baru diam.


Zaira rindu mama ya?

Mama pun rindu zaira sangat-sangat!


Monday, September 23, 2013

BERATNYA RASA HATI...


Assalamualaikum wbt..

Terkebil-kebil mama perhatikan surat arahan outstation. 
Bukan tak pernah outstation, tapi kali ni lain benar situasinya. 

Sejak minggu lepas lagi perkara outstation ini dah pun bertamu di benak mama. Bukan setakat bertamu, rasanya dah sampai tahap buat “penempatan kekal”  dalam fikiran mama.  Sikit punya risau.

Berat hati mama nak tinggalkan zaira rizqa.

Bukan tak pernah tinggalkan zaira pun sebelum ni.
Pernah!

Sebelum ni mama pernah outstation di Melaka, tapi cuma dua malam.

Mama juga pernah outstation di Seremban, dan malam-malam lepas habis bermeeting, mama sanggup balik semula ke rumah semata-mata risaukan zaira.

Kali ini di kuala lumpur. Jarak yang lebih jauh dan pastinya di luar keterbatasan kudrat dan kemampuan mama untuk berulang.
Dan lebih berat rasa hati bila jadual outstation mencecah empat hari.

Mama tak dapat bayangkan macam mana mama akan lalui empat hari tanpa zaira.
Dan lebih merisaukan, bagaimana zaira tanpa mama sepanjang tempoh empat hari tu.

Mamalah yang tidurkan zaira setiap malam.

Ni la dia rupa baby khalifah zaira masa tengah tidur. bukan main syok dia tidur kan.


Selepas di zoom out.. taraaaa!!! ya Rabbi.. cumel sungguh teknik tido zaira ;)
bakal mak mertua tengok ni confirm2 reject 


Mama yang bacakan surah al fatihah, tiga Qul, ayat Qursi dan doa tidur untuk zaira setiap malam.

Mama yang akan bangun salinkan petpet zaira setiap malam

Dan mama juga yang akan bangun untuk buatkan susu setiap malam.

Bolehkah papa ambil alih tugas mama sepanjang empat hari tu dengan jayanya?
Bolehkan papa pujuk zaira yang akan menangis mencari mama setiap kali bangun dari tidur?

Atau mungkinkah mama yang terlalu paranoid pada papa.
Yang pasti.. mama yakin, Allah akan sentiasa menjaga zaira Rizqa selalu. Hanya Allah tempat mama bergantung harap. Insya Allah.

Sedihnya hati nak tinggalkan zaira rizqa.

Bertabahlah duhai hati.



wajah dan keletah 'mak Jemah' yang sentiasa dirindui

to my sweetheart, 
Sepanjang mama tak ada nanti, zaira jangan nakal-nakal yer.

Jangan nangis.

kalau malam-malam rindu kat mama, peluk papa kuat-kuat ya.

Mama pun akan rindu zaira juga. Dan pasti mama akan tatap gambar zaira sampai terlena.

Hujung minggu nanti mama balik, kita jumpa ya sayang. 

Insya Allah!