tok tok harimau pukul berapa sekarang?

Thursday, May 30, 2013

JOIN CONTEST ONLINE UNTUK ZAIRA


Assalamualaikum

Print Screen contest dari page rumah kedai



Ok, ni adalah julung-julung kalinya mama nak masuk contest secara online..selalunya shopping online je kan. Kali ni nak masuk contest online pulak la..Saja-saja je nak try masuk..mana tau ada rezeki. contest ni dibuat oleh littlemunas/rumah kedai page....jadi semua mama, ibu, mummy, ummi yang lain-lain pun jgn segan silu untuk join yer..errr, bapak-bapak pun boleh join jugak.

Semoga ada rezeki Zaira dapt koleksi cerita-cerita ni secara percuma dari pihak littlemunas..nanti bolehla mama bacakan kisah-kisah ni pada zaira sebelum zaira tidur..hihi..

Nanti mama update keputusan dan pemenangnya dalam next entry yer..




Lot of loves
Mama.

Tuesday, May 28, 2013

BUKAN SEKADAR RUPA





Assalamualaikum...

Subhanallah (Maha suci Allah). Seronoknya Mama tengok si kecil ni. Mama pun berdoa dan berharap supaya Zaira boleh jadi seperti tu. Hati mama mana yang tak sejuk bila tengok anaknya pandai dan rajin mengaji serta menghafaz ayat suci al Quran. 
Mama memang bercita- cita untuk jadikan Zaira seorang anak yang pandai mengaji sejak kecil lagi. Semoga Allah bantu mama tunaikan impian mama yang satu ni. Aminn..

Mama bukanlah orang yang terbaik. Tetapi Mama akan berusaha jadikan anak Mama orang yang lebih baik daripada Mama. Kita mengaji sama-sama ye sayang.

sebenarnya mama terinspirasi dari usaha ibu darwisya dan darwish.. mama suka baca blognya. dan dari ibu darwish dan darwisha jugaklah mama dapat tips-tips nak ajar baby pandai mengaji..

tips-tips tu mama convertkan menjadi janji mama pada zaira..

Mama janji akan:
        1)     Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Insya Allah, Kita mengaji tiap-tiap hari ye sayang.   Mama akan berusaha luangkan masa untuk ajar zaira mengaji. tapi tu la kan, mama lepas balik kerja je mesti rasa nak melepek jer.. huk3.  Tapi mama tak boleh dah beralasan sibuk dan letih lepas ni demi impian dan harapan mama ni. Owh mama!! Wake up- wake up!
       2)     Mama janji tak kan marah masa ajar zaira mengaji. Selalunya mama cepat naik angin kalau ajar banyak kali tapi tak dapat-dapat juga. Kalau mama rasa nak marah, mama akan tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Sebelum mengaji kita baca doa ni dulu ye: 


3)     Tapi mama akan marah jika Zaira tak mahu mengaji tau.. orang yang tak mo mengaji tu, syaitan suka kawan dengan dia. Syaitan kan tak nak masuk neraka sorang-sorang. Dia nak ajak orang yang malas solat dan malas mengaji jadi kawan dia supaya boleh masuk neraka sama-sama dengan dia. Zaira mesti rajin-rajin solat dan mengaji supaya tak tergolong dalam kawan-kawan syaitan yang jahat, yang mana Allah dah janji untuk campakkan syaitan dan kawan-kawan mereka ke dalam api neraka yang sangat panas.






Zaira kena selalu baca 'Auzubillahiminasyaitanirrajim yang bermaksud: Aku berlindung dari syaitan yang direjam



4)     Mama akan Puji dan tepuk tangan serta happy sangat jika Zaira membaca dengan betul
5)      mama akan sentiasa SABAAAAR kerana sabar itu sebahagian daripada iman. 
            6)     Mama janji akan rajin2 pasang CD mengaji dan bacakan surah yang mama nak zaira hafal sebelum zaira tidur malam dan sebelum zaira bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama nanti mesti zaira boleh ikut membacanya..
       7)      Yang paling penting,mama akan sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat zaira.


okey, cukuplah setakat tu janji yang mama akan cuba kotakan untuk zaira. sekarang mama nak upload video zaira plak yer..tapi ni bukan video zaira mengaji, ni video zaira ketawa gelakkan mama bernasyid.. ehem-ehem..tu gelakkan suara mama yang tak berapa nak sedap la tu kan.. mama harap, satu hari nanti mama akan berjaya upload video zaira mengaji di blog ni. Aminn..
  
apa pun mama sayang anak Mama! 

video

Monday, May 20, 2013

ERTI SYUKUR DAN KASIH SAYANG


Assalamualaikum

Maaflah, mama "blur" sekarang ni..terbangun tengah malam tadi lepas Zaira menangis nak susu dan lepas tu terus tak boleh tidur. Haru sungguh bila malam isnin terjaga di tengah-tengah kedinginan dan kegelapan malam ni..esok pagi sure ngantuk masa nak pergi kerja. mengantuk plus monday blues lagi, memang awesome bak kata orang putih-putih orang-orang putih. errr...

Entah, kepala mama tengah ligat berfikir pasal baby walker vs play yard untuk Zaira.


ikutkan mama, mama tak nak belikan walker untuk Zaira selepas membuat beberapa research tentang kesan buruk walker. Tapi, Wan (pengasuh) Zaira dah minta walker, sebab susah wan nak buat kerja lain..Asal tinggalkan Zaira je ke dapur sat, mesti menangis bercucuran air mata. cembeng sungguhlah dia nie tau.. 

Jadi nak tak nak mama request papa belikan juga untuk memenuhi permintaan dan keperluan wan. Disebabkan Zaira masih tak reti duduk secara stabil, mama tangguhkan dulu bagi walker tu pada wan, walaupun walker tu dah ready utk digunakan dengan jayanya. Bahaya nanti untuk tulang belakang Zaira.


Testing kejap..okey, tak nanges pun..good girl!


mama ingat pun nak pesan kat wan, masa bagi makan jer letak Zaira dalam walker, pastu biarlah Zaira nak menjulur ke mana pun.  Tapi tu lah kan, mama ni beria jer rancang nak pesan itu ini pada wan, sampai masa nanti confirm tak tercakap. yelah..bukan apa, wan tu orang tua..kekadang mama takut a.k.a risau, kalau mama pesan buat itu ini, takut wan terguris hati atau tersalah faham yang mama cakap wan tak pandai jaga zaira.. Kunun-kunun mama lagi pandai jaga, jadi mesti buat ikut cara mama jaga.. padahal wan tu orang berpengalaman menjaga baby kalau nak dibandingkan dengan mama yang baru setahun jagung ni.. owh tidak..bukan itu maksud mama.. mama suka wan jaga Zaira. Percayalahhhh...  Zaira pun kena jaga percakapan zaira dengan mama, papa dan orang-orang yang lebih tua, tak boleh marah, menjerit dan cakap kasar dengan mereka. sebaliknya kita perlu sentiasa mendoakan mereka dengan doa macam kat bawah ni:


ertinya: ya Allah ya Tuhanku, ampunilah aku, dan juga dosa kedua ibu bapaku, kasihilah mereka, seperti mana mereka memelihara dan mendidikku sejak kecil.. Aminn..

okey sayang?
Allah sangat sayang pada orang yang hormat ibu ayah dan orang yang lebih tua.

Okey, sambung balik..
untuk kat rumah sendiri, mama ingat mama tak mau guna walker. mama dah ricky-ricky play yard untuk Zaira yang 5 panels. Rege dia lebih kurang RM 5++.. umakkk aiiiih.. sesak nafas mama sat. 

Gambar ihsan incik Google

tapi mama memang dah buat keputusan nak beli. mungkin pelaburan yang berbaloi untuk jangka masa panjang. Jangan lepas mama beli Zaira buat amuk, tak mo duduk dalam tu sudahlah nak...macam al kisah stroller yang sudahnya hanya jadi sekadar perhiasan je sekarang ni.. tak pe, kalau Zaira tak nak, mama nak wariskan kat bakal adik-adik zaira je..isk3..

seorang mama sentiasa akan cuba berikan yang terbaik untuk anaknya. begitu juga dengan mama. yang mana mama termampu, mama akan cuba beri. tapi yang mana mama tak mampu dan mama rasa tak perlu, tak dapatlah mama nak bagi yer sayang. hidup ni kena sentiasa rasa syukur dengan kurniaan dan nikmat dari Allah. Kita kena selalu ingat, ada di kalangan kita yang lebih bernasib malang. 



kesian kan..kita cukup makan dan pakai, tapi ada si kecil yang terpaksa kutip sisa makanan untuk mengalas perut

Apa-apa saja yang mama belikan sebenarnya hanya sekadar barang-barang yang tak kan pernah setanding nilainya dengan kasih sayang mama kepada Zaira. 




Lot of Loves,
Mama

Saturday, May 18, 2013

TANJUNG BIRU YANG DAH TAK BIRU LAGI


Assalamualaikum.

Selamat berhari minggu . Rasanya hari minggulah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua. (ke ada yang tak suka cuti? hehe) 

Hujung minggu ni mama tak pergi mana-mana. Balik kampung pun tak. Terperap kat rumah sambil layan Zaira Rizqa yang makin banyak akal. Lagipun ni Zaira kecil lagi, tak da la merengek kalau tak bawak jenjalan hujung minggu. 

Cuba tengok kalau dah pandai cakap nanti. Pagi-pagi lagi mesti dia dah ready dengan pertanyaan: "Mama hari ni kite nak pegi jalan-jalan kat mane? " comel je kan..Jadi siap sedia je la ye.

Tak da salah pun bawak anak jalan-jalan sekali sekala. Budak-budak ni kan mudah bosan. Mak-mak budak pun lagi mudah bosan. :P
 Cuti sempena hari pekerja 1 mei hari tu, mama pujuk papa pegi jalan-jalan. Papa okey dan cadang pegi Teluk Kemang, Port Dickson. 

Tapi sebab cuti umumkan, punyalah ramai orang sampai tak ada parking. Jadi papa ubah haluan ke pantai Tanjung Biru. 

Tapi tak mandi pantai pun. Saja jalan-jalan sambil tengok luasnya alam dan besarnya nikmat Allah. :) 

sayangnya mama tengok tanjung biru tu tak biru seperti namanya angkara tangan-tangan manusia yang tak tahu menjaga alam sekitar. Zaira jangan buang sampah merata tau. Alam ni amanah Allah pada kita. Allah sayang orang yang jaga amanah Allah dengan baik. 

Nak ajar anak kecil supaya tak buang sampah merata-merata mungkin perlukan kesabaran, dan susah nak explain secara serius tentang perlunya jaga kebersihan alam sekitar, siap nak kaitkan dengan mentaliti dunia ketiga bagai.. erk.. bebudak tak kan faham tu.
Setakat ni, mama taktau macam mana nak ajar Zaira supaya tak buang sampah merata-rata secara psikologi, selain mama sendiri perlu jadi role model untuk tunjukan teladan dan tabiat yang baik kepada Zaira.Tapi  anak-anak  kecil yang umur 3-4 tahun, imaginasi mereka tinggi.  
Mungkin secara awalnya mama boleh gunakan cara psikologi macam ni kot:

mama: "nak buang ke mana plastik mamee tu? Zaira tak boleh buang plastik tu merata-rata. Plastik sampah tu kan ada rumah dia. kalau Zaira buang dia kat situ, macam mana plastik tu nak balik rumah dia.  Zaira kan budak baik, zaira kenalah tolong hantar plastik tu balik rumah dia. kesian dia.”
zaira: Ha.. plastic sampah ni pun ade rumah ke mama? Rumah dia kat mana?
Mama: Rumah plastic sampah ni kat tong sampah la. Jom kita hantar dia balik rumah dia.. “kawan-kawan” dia semua dah tunggu dia.

huhuhu.. Kot-kot kalau berkesan cara ni, mesti anak-anak kita simpan sampah tu sampai la mereka jumpa tong sampah. 
Huhu..tunggu Zaira umur 2-3 tahun nanti mama boleh cuba cara ni..kalau tak berkesan mama bagitau yer..




sapa comey angkat tangan!!

Gedik santai

Kus semangat..rasa nak patah pinggang dukung budak debab ni.

 berlatar belakangkan pantai cermin.. bapak dengan anak sesama pakai topi merah.. anak bapak la katakan.

Punyalah susah nak bergambar bertiga..mama dan papa dah posing baik punya, budak kicik ni pulak tak pandang kamera. haishh..


Ala, pandang la camera tu nakkk...

Okey, jom balik!

Wednesday, May 8, 2013

JADUAL HARIAN SEORANG MAMA



ASSALAMUALAIKUM..

Akhir-akhir ni mama rasa masa berlalu begitu pantas kan?  baru sat tengok pukul 10 pagi, alih-alih dah pukul 7 petang..baru tengok pukul 10 malam, tetiba dah pukul 7 pagi.. ke mama sorang yang rasa macama tu? isk3..

Disebabkan mama selalu gagal menguruskan masa dengan baik, jadi mama ambil keputusan untuk buat checklist jadual aktiviti harian. Punyalah detailkan? haa.. gelakkan mama yer? 
kalau mama berjaya buat macam dalam checklist, mama akan tandakan (/) dan kalau tak berjaya buat, mama akan tandakan (x) sambil ketuk ketampi. hohoho


MASA
AKTIVITI
(/)
(X)
6.00 am
Bangun tidur-  Baca doa bangun tidur
Kemas katil
Masuk tandas - Baca doa masuk tandas 
Mandi dan membersihkan diri 
Mengambil wudhuk
Baca doa keluar tandas 
Baca doa lepas wudhuk 
Berpakaian- membaca doa berpakaian
Solat Subuh 
berdoa
Membaca Zikir al-Mathurat (pagi)
7.00 am
Membasuh baju
Menyediakan sarapan
Membasuh pinggan mangkuk
Menyidai baju
Menyapu dan mengemas rumah
8.00 am
Bersarapan- membaca doa makan
Selesai sarapan – membaca doa selepas makan
Mengemas meja dan membasuh pinggan
9.00 am
Menguruskan dan meluangkan masa bersama zaira
Membersihkan bilik air
10.00 am
Bersedia untuk memasak masakan tgh hari
12.00 pm
Mencuci pinggan mangkuk
Membersihkan dapur
1.00 pm
Makan t hari – membaca doa makan
Selesai makan – membaca doa selepas makan
Mengemas meja dan mencuci pinggan
2.00 pm
Membersihkan diri
Solat zohor
Luangkan masa membaca al quran dan terjemahan
3.00 pm
Luangkan masa bersama zaira –
3.30 pm
Mengangkat jemuran
Melipat dan menyimpan kain
4.30 pm
Solat asar
Membaca Zikir al-Mathurat (petang)
Luangkan masa membaca al quran dan terjemahan
5.00 pm
Luangkan masa bersama zaira –  aktiviti outdoor
6.00 pm
mandi
7.00 pm
Memasang kaset/cd mengaji quran/zikir  
Solat maghrib
Luangkan masa membaca al quran dan terjemahan
8.00 pm
Makan malam
Mengemas meja dan mencuci pinggan
9.00 pm
Solat isyak
Luangkan masa membaca al quran dan terjemahan
Wudhuk dan bersugi
10.00 pm
Membacakan doa tidur, surah2 pendek serta amalan2 sebelum tidur
Membaca dan mendengarkan kisah2 teladan
Mendoakan zaira dan melakukan rutin sebelum tidur

p/s:  Sila istiqamah yer mama.. ^_^