tok tok harimau pukul berapa sekarang?

Thursday, June 27, 2013

NAK UPLOAD JUGAK WALAUPUN...


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah siap jugak kerja mama sebelum office hour berakhir.. target tercapai..tak mo la balik lewat..

lagipun mama puasa hari ni..

ha, dah siap keje baru ler boleh update blog dengan aman damainya..

tak de apa nak tulis, just nak share video my little caliph..

video

Seronok sangat budak kecik ni layan vcd ek..
P/S: sila buka volume sehabis kuat yang mungkin..
aa, tau-tau, still tak dengar jugak kan..

sorry yer sound sistem video memang kurang memuaskan kerana shoot by camera handphone cap ayam

okeh, untuk jaga hati mama.. sila tengok aje la sambil buat2 dengar yer.. T_T

Video ni mama shoot lepas zaira mengaji (25 Jun2013)..siap pakai tudung lak tu..
cumel tak kak tonnn..? cumelll kan.. *pengsan*

Pakai tudung hape namanya..mane ade orang pakai tudung nampak telinga..? 
adess

oh ye..mama dapat ilmu baru hari ni..

Baru terbaca satu artikel dan mama ringkaskan seperti ini:

masa yang boleh digunakan untuk aktiviti skrin (tv/ipad/laptop/games dll) bagi anak-anak perlu dikawal dan dihadkan kepada 2 jam sehari sahaja.
 Insya Allah, mama sedang praktikkan sedaya upaya.
p/s: Jangan dipandang ringan matlamat yang paling tinggi.
Iaitu:
 mencapai keredhaanNya di dunia dan akhirat

Wednesday, June 26, 2013

KERANA TERPAKSA MEMILIKIMU


Assalamualaikum wbt..


Cute kan kelambu ni..mama ingat nak membeli kelambu moden ni secara online.
Online lagi?

Errr, okey-okey,mama tukar agenda, mama nak membeli kelambu ni secara offline pulak.. mama dah tanya member mama sebab katanya kawan beliau ade menjual kelambu ni.
Actually masa datang kat rumah kakak hari tu, memang ada terperasan beliau ada kelambu ni, tapi mama tak pernah terfikir seumur hidup nak memilikinya pun. Walaupun kelambu ni nampak punya la stylo dan cute, Mama tetap tak beberapa teruja dan malah langsung tidak mempedulikkan kecomelan beliau.

Tapi, mama rasa sekarang, sudah masanya untuk mama memiliki kelambu stylo ni.
Sebabnya?
Bukan..bukan sebab rumah mama banyak nyamuk..
Untuk makluman, incik nyamuk tak ada kena mengena dalam ini cerita.

Okey..Cuba lagi..
Yes..!!
Tak da sebab lain, melainkan sebab si kecik Zaira.
Okey..mama tak pernah halang zaira nak meneroka dunia. Teroka la puas-puas sayang
Tapi..
Please..please..please..kamu jangan nakal.. opss, please…bukan time tidor yer sayang busyuk..
Time tido is time tido, adalah sangat tidak relevan untuk teruskan pengembaraan di masa yang tersebut..
Sebagai akibat..mama kena beli ini! sedangkan papa dah pesan bulan ni jangan nak membeli belah online dengan gumbira dan sakan sesangat. Bulan ini ada agenda lain iaitu mama kena tukar tinted kereta mama yang dah mengelupas itu, di samping membuat servis..
Tetapi perkara ini tidak boleh dibiarkan. Sebelum mata mama bertukar menjadi mata panda!

Isu ini dibangkitkan di dewan parlimen..
Tiada perdebatan.
Papa setuju dengan serta merta.
Selesai! Hanya menunggu kelambu stylo sampai di rumah..
okey zaira, boleh teruskan pengembaraan di waktu malam..tapi kali ni terhad di dalam kelambu ajer..
okey le tuuu..

Wednesday, June 19, 2013

KAMI DAH MENANG..ANDA BILA LAGI?


Assalamualaikum wbt..

Bukan main gempak tajuknya haih...



Gambar ni sebagai tanda kenang²an buat mama dan zaira rizqa yang pertama kali masuk contest like, share and comment anjuran page rumah kedai. rumah kedai memang terbaik sebab suka buat contest dan cabutan bertuah bulanan. Ingat entry mama pasal ni kan?
 First time masuk dan terus jugak pertama kali  menang hadiah... dengan niat asal pun suka-suki ajer, tak sangka ada rezeki zaira rizqa. Alhamdulillah...
Zaira menang pakej buku bernilai RM60 hinggit tuu.. nah bukti kat bawah ni..



ada 6 keping sumer bukunya, tapi sebab handphone cap ayam mama ni pun tak berapa nak ade space.. mama amik buku yang bertajuk IKAN NUN YANG TAAT jer sebagai model. eh eh..



Mama ni nak kata sebagai pelanggan tetap tu, tak jugak, tapi sekali sekala pernah shopping online kat situ. Antara koleksi2 yang mama pernah beli di page rumah kedai / littlemunas ni termasuklah, muqaddam bergambar,  musical carpet english learning, combo softbook dgn LAMAZE MUSICAL INCHWORM (tetibe plak huruf besar), ipad Islamic kanak-kanak, dan pakej anak pandai mengaji termasuk dua helai baju (carter’s) yg sangat comey. Semuanya diterima dalam keadaan yang sangat baik dan sangat “bedesup” sampai ke tangan..pendek kata service memang terbaik.
kepada pihak penganjur, mama dan zaira rizqa ucapkan terima kasih banyak-banyak… semoga kebaikan dan kemurahan hati pihak penganjur akan dibalas oleh Allah SWT..
okey Zaira, say Alhamdulillah and say thanks to uncle n aunty rumah kedai yer… aaa, lupa pula.. jangan tak tau yer, kerana berkat kesabaran mereka suami isteri dalam mendidik, uncle n aunty rumah kedai ni dikurniakan anak kecil bernama Noura yang sangat bijak, Insya Allah, mereka juga sumber inspirasi buat mama.

Saturday, June 15, 2013

PERGELUTAN YANG MEMBAHAGIAKAN





Alhamdulillah dengan izin Allah, hujung minggu ni tiba juga selepas bergelut dengan kesibukan kerja di pejabat. Mama harap hujung minggu ni dapat diisi dengan aktiviti yang lebih bermanfaat untuk zaira Rizqa.
Hari Ahad, selesai mandi, mama terus buat aktiviti flashkad.
Alhamdulillah, zaira bagi kerjasama yang baik setiap kali mama ajak mengaji. Cuma kadang-kadang je, macam tak ada mood. Selalunya bila zaira tak da mood, mama cari waktu lain.
Yang penting, tak boleh miss mengaji.
Sejak zaira memasuki usia 8 bulan, mama perhatikan ada beberapa perkara yang berubah.
Pertama: zaira dah mula tak nak duduk diam.
Demi Allah, kadang-kadang mama macam nak hilang sabar terutama waktu nak pakaikan pampers dan baju. Adoi.. perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa yang sekejap, jadi begitu lama dan kelam kabut. Itu baru satu contoh.
Tapi mama faham. Sebenarnya ini perkembangan yang sangat positif untuk zaira rizqa.
Ini umur untuk Zaira mencuba sesuatu dan meneroka semuanya!
Akalnya sedang berkembang, jadi pasti dia tidak dapat duduk diam.
Meneroka sana sini telah menjadi aktiviti yang paling menyenangkan.
Ini juga umur di mana perasaan ingin tahu zaira sedang membuak-buak..
Namun, kadangkala, aktiviti yang zaira lakukan mendatangkan kegusaran kepada mama. Menarik alas meja, menarik wayar peralatan elektrik, mengoyak dan mengunyah kertas seperti mengunyah chewing gum! Bahaya di merata-rata tempat!
GRRRR…
Namun, mama tersedar, mama perlu biarkan zaira meneroka “alam” yang nampak serba baru bagi zaira. Tanggungjawab mama adalah memastikan tempat yang zaira terokai selamat.
Insya Allah, mama sedang mencari dan merancang aktiviti supaya zaira tidak bosan.  Mama akan pastikan zaira  dapat merasai keseronokan dalam pembelajaran.
Mama tahu, mungkin mulai hari ini, mama bukan sahaja perlu bergelut dengan kesibukan kerja di pejabat, tapi mama juga perlu bersedia bergelut dengan si kecil zaira yang tak kan duduk diam di hujung minggu.

Sungguh mama semput mengejar zaira rizqa ke sana ke mari, tapi mama sangat bahagia. uhuk3…

Sunday, June 9, 2013

WANGIAN KASTURI SYIFA'


سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

 Assalamualaikum...

hari ni mama nak share sesuatu yang pada pendapat mama, merupakan keperluan penting juga untuk para mama, ummi, ibu dan mummy sekalian...
Baru-baru ni mama ada terima email dari puan Lina ( penulis blog darwishndarwisya) tajuknya gangguan jin dan syaitan terhadap anak kita.
berkaitan dengan artikel tersebut, kita kena berbalik pada hukum alam dan apa yang telah pun tertulis dalam Al quran secara jelas....yakni; syaitan itu wujud dan ada di mana mana untuk mengganggu manusia...

Bagus betul info dari Puan Lina.. terutama untuk parents yang baru first time ada anak macam mama ni..
Menurut Puan Lina,
jika kita nak tahu sekiranya anak kita menangis kerana gangguan adalah dengan memerhatikan : 

1.     Mata baby melilau melihat sekeliling
2.     Menangis yang tiada air mata,
3.     Menangis seolah seperti dicubit,
4.     Menangis dalam keadaan takut,
5.     Tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
6.     Tidur diselang seli dengan tangisan
7.     Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari

Jadi Puan Lina ada sarankan minyak kasturi syifa’ sebagai usaha dan ikhtiar rawatan alternatif secara islam.
Bagi mama, mungkin ini salah satu usaha yang boleh mama lakukan untuk Zaira, dan selebihnya mama serahkan dan bertawakal pada Allah. lagi pulak kadang-kadang tu kami selalu balik kampong dan drive di waktu senja kala,  sampai kampong plak dah malam...perjalanannya meredah semak, hutan kecil, kebun getah dan kelapa sawit yang sunyi dengan coverage telefon yang ala-ala hidup segan mati tak mau. Memang setakat ni Alhamdulillah, Allah lindungi mama daripada mengalami situasi yang pelik-pelik. Tapi tu la kan, orang kata budak-budak kecik boleh nampak apa yang kita tak nampak.. so kena ada langkah berjaga-jaga dan pencegahan.
Macam-macam jenis wangian kasturi syifa ada. Tapi untuk first order ni, mama ikut cadangan En Heikal, salah seorang stokist Kasturi Syifa.. En Heikal pilih yang colour biru untuk Zaira. okey, Zaira..say thanks to uncle haikel ye :P




mummy, ibu, ummi yang nak order kasturi Syifa’ dan nak tau cara-cara penggunaan, boleh rujuk di website En Heikal yer.

Friday, June 7, 2013

IKHLAS INSIDE HATI


Assalamualaikum my dear baby khalifah...
(comey tak mama tiru gaya cakap kak aisyah..hihihi)

12.00 tengah malam dah?!..mama pura-pura terkejut  bila jeling jam digital di screen lappy.
Bagi kebanyakan remaja, pukul 12 malam dikategorikan sebagai waktu yang masih muda. dan mama masih celik mata dihadapan laptop pada ketika ini. jadi malam ini bolehlah mama kategorikan diri mama sebagai remaja. Errrr....

 Papa dah tidur, zaira pun dah lena..
kenapa mama tak tidur lagi? masih berbaki sikit lagi data analisa keputusan peperiksaan yang mama kena siapkan. owh mata...bersabarlah yer..ish3..cemburu tengok dua beranak ni tiduq..mama kena gigih siapkan malam ni juga, data tu mama kena emailkan pada individu2 tertentu untuk tujuan post moterm dalam mesyuarat hari isnin ni...

penat, letih, stress..itu mama tak nafikan..walau macam mana tekanan kerja yang mama hadapi pun, yang penting semangat kena kuat. tapi mama gembira sebab ini rezeki yang Allah kurniakan pada mama. Zaira tahu tak..bila kita kerja dengan hati yang gembira dan ikhlas, rezeki tu pun akan jadi halal dan berkat.


Rezeki yang berkat, walaupun sikit jumlahnya tapi sentiasa terasa cukup dan lebih. tapi kalau rezeki tu tak berkat, macam mana banyak pun gaji kita, tetap terasa tak cukup.

ingat yer sayang.. hati yang ikhlas, Allah akan balas dengan 1000 kebaikan.. namun ikhlas bukan untuk diuar-uarkan kepada sesiapa, cukuplah hanya Allah yang mengetahui keikhlasan kita...  

seorang ustaz pernah menulis : “Siapa pun tidak layak mengatakan dirinya ikhlas. Ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah. Namun apabila ditanya, apakah kamu seorang yang ikhlas? Maka jawablah dengan pasti, saya sedang sedaya upaya berusaha untuk ikhlas!”

Esok lusa, zaira dah besar, dan dah kerja, mama harap zaira akan faham erti keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab..
ingat selalu pesan mama ni ye.

okey, mama nak sambung kerja sat ye..

lots of love,
Mama.




Thursday, June 6, 2013

ISRAK MIKRAJ DAN SOLAT LIMA WAKTU

Assalamualaikum anak mama..

macam biasa, mama tengah free sekarang ni sebab si kecil Zaira tengah lena dibuai mimpi. oh yer, hari ni mama tak kerja sebab cuti israk dan mikraj. 


Sempena israk dan Mikraj ni, mama nak ceritakan sikit tentang peristiwa israk dan mikraj yer..




peristiwa israk mikraj ini berlaku kepada nabi Muhammad SAW. Israk tu maksudnya perjalanan Nabi Muhammad pada malam hari bermula dari masjidil haram di Mekah ke Masjid al aqsa di Palestin. kedua-dua tempat tu saaangattt jauh, tapi dengan kuasa Allah, nabi boleh sampai dengan cepat hanya dengan menaiki burak.
 orang-orang Islam yang mempunyai keimanan yang tinggi dan teguh kepada Allah SWT  tetap mempercayai peristiwa ini kerana mereka yakin akan kekuasaan Allah SWT yang mampu melakukan apa sahaja. zaira kena ingat bahawa tiada apa yang mustahil bagi Allah SWT. 

ketika dalam perjalanan, nabi ditemani oleh malaikat yang bernama Jibril. banyak peristiwa yang dilihat oleh Nabi Muhammad sepanjang perjalanannya itu. tapi mama cuma cerita salah satu sahaja dari banyak-banyak peristiwa yang telah nabi Muhammad lihat. 

masa dalam perjalanan israk tersebut, Nabi Muhammad ternampak sekumpulan orang yang sedang menghantukkan kepala mereka hingga pecah berdarah, kemudian kepala mereka sembuh dari kesakitan, namun sebaik sahaja sembuh, mereka menghantukkan semula kepala mereka sehingga pecah kembali, begitulah berulang-ulang kali. Nabi Muhammad merasa hairan dan bertanya kepada Jibril tentang kelakuan orang-orang itu. 
Jibril pun memberitahu nabi, bahawa mereka itulah orang-orang yang sangat berat kepala mereka untuk sujud dan bersembahyang.

nanti mama ceritakan peristiwa-peristiwa lain yang Nabi muhammad nampak yer.. (maafkan mama yer sayang, mama tak sempat nak taip panjang-panjang, nanti Zaira bangun, alamatnya entry mama ni akan berstatus sebagai draf jer..tak sempat nak publish ler jawap nya...hihi)

okey!
Mikraj pula ialah naiknya nabi Muhammad ke langit dari masjid al aqsa ke Sidratul muntaha.
nabi Muhammad telah menaiki tangga (mikraj) yang indah dari syurga. baginda telah berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu di setiap lapisan langit. kemudian apabila tiba di tangga ke 10, nabi Muhammad telah menyaksikan Allah SWT lantas baginda tunduk, sujud dan bermunajat kepada Allah.

Di sinilah Allah SWT telah mewajibkan setiap umat Islam supaya menunaikan solat fardhu sebanyak 50 kali sehari. Namun Nabi Musa menyuruh Nabi Muhammad supaya memohon supaya Allah mengurangkan jumlah solat itu.
zaira tau tak kenapa? sebabnya, nabi Musa bimbang dan percaya umat nabi Muhammad tidak akan mampu melaksanakan solat 50 kali sehari. 
 jadi nabi Muhammad pun menghadap semula kepada Allah dan merayu hinggalah 9 kali berulang alik memohon dikurangkan jumlah solat dari 50 kepada 45, 40, 35, 30, 25, 20, 15, dan 10 hinggalah ke 5 kali sehari.  nabi Musa tetap menasihati Nabi Muhammad supaya merayu supaya dikurangkan lagi kerana Nabi Musa percaya akan ada segelintir umat Muhammad yang tidak sanggup untuk menunaikan solat 5 waktu sehari, namun Nabi Muhammad pun berkata: "Aku malu lagi untuk merayu kepada Rabb ku."
Akhirnya Allah memperkenankan solat fardhu wajib 5 kali sehari ke atas orang Islam, iaitu waktu Subuh, Zuhur, asar, maghrib dan Isya'. namun nilai solat itu sama nilainya dengan menunaikan solat sebanyak 50 waktu sehari.. begitulah kasih sayang Allah kepada hambaNya..


jadi, sebagai Hamba Allah, Zaira perlulah rajin menunaikan solat 5 kali sehari. yes, just 5 times, not 50 times.. ringan kan? hargailah pengorbanan Nabi kita yang bersusah payah dan menahan rasa malu terhadap Allah untuk mengurangkan jumlah solat dalam sehari supaya kita mampu untuk melaksanakannya..


sesungguhnya anakku, solat itu amatlah berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, iaitu mereka yang percaya dengan yakin mereka akan menemui tuhan (Allah) mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.


Saturday, June 1, 2013

MARI BERDOA SAYANG...


Assalamualaikum
Alhamdulillah..sempat jugak mama jenguk blog untuk update entry sebab zaira tengah lena tidur sekarang ni. Masa zaira tidur ni la mama curi-curi masa  update blog. Bila zaira dah terjaga nanti, haruslah dia pun sibuk nak menaip sama. maklumlah budak tengah gigih meng"explore" dunia tanpa sempadan. memang tak kan reti duduk diam  -_-'


Dalam pada nak update blog, mama sempat jelling-jeling papa sebab mama tengok papa kyusyuk semacam jer manghadap screen lappy. Tak bekedip-kedip mata tu ha.. tengok apa tu yerk..(amaran: mengesyaki suami adalah perbuatan yang agak kurang baik...errr)
Rupanya papa tengah tengok video Kemalangan Maut di Bukit 7, Kuala Lipis Pahang.
artikel berkaitan boleh baca kat sini

Memang  sungguh menyayat hati lebih-lebih lagi bila lihat jenazah mangsa yang baru pulang dari umrah ditutup dengan kain irham dan sejadah.
Mama doakan agar keluarga allahyarham tabah dengan ujian dari Allah.
Insya Allah, allahyarham dan isterinya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Banyak faktor menjadi penyebab kemalangan jalan raya seperti faktor kecuaian manusia, faktor persekitaran (jalan licin/tiada lampu jalan), faktor mekanikal (brek rosak/tayar meletop) dan tidak terkecuali jugak faktor gangguan jin dan syaitan yang menyesatkan pandangan manusia. 


sebut tentang jin dan syaitan, mereka ni ada di mana-mana je. dan tujuan utama mereka di dunia ni pun adalah untuk menyesatkan manusia. mereka nak manusia takut pada mereka, sedangkan sebagai Hamba Allah kita hanya perlu takut kepada Allah, kerana Allah lah yang paling maha berkuasa. Tanpa izin Allah mereka tidak berdaya langsung untuk memperdayakan manusia. 

Selagi kita sentiasa mengingati Allah, mengikut segala perintah dan menjauhi laranganNya, serta mengamalkan al Quran, insya Allah, kita sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat Allah

Sebab tu sebelum nak mulakan perjalanan, adalah sangat-sangat baik kita  mengikut amalan dan adab-adab yang betul seperti yang diajarkan dalam agama Islam.

okey, mama kongsikan adab-adab sebelum Zaira nak memulakan perjalanan ye. mama harap Zaira boleh jadikan adab ini sebagai amalan.

1) Apabila keluar rumah Zaira kena mulakan dengan membaca doa keluar rumah.
Melangkah dengan kaki kiri dahulu. Tetapi pakai kasut atau selipar kena dahulukan kaki kanan dulu. Ok? 



2) Naik kenderaan menggunakan kaki kanan. jangan lupa baca basmallah, & doa naik kenderaan macam kat bawah ni yer sayang


3) Dalam perjalanan banyakkan menyebut Alhamdulillah, Allahu Akhbar. dan SubhanaAllah Mudah kan?

4) begitu juga bila zaira dah sampai ke sesuatu destinasi, turun kenderaan dengan kaki kanan, kemudian baca doa ni:

"Ya Allah turunkanlah aku pada tempat yang penuh barakah, dan engkau adalah sebaik - baik pemberi tempat"


insya Allah, Zaira akan terpelihara daripada sebarang gangguan syaitan, musibah atau kemalangan yang tidak di ingini kerana keselamatan zaira dijaga oleh malaikat dan Allah SWT.

Sekarang ni mama suka dengarkan zaira cd "Mari Berdoa". 



CD audio ni merupakan alunan doa-doa harian dalam bentuk lagu nasyid yang sangat menghiburkan dendangan Nordin Jaafar (Raihan & Alarmme) serta adik Faris (Adikku Sayang).

siap ada buku lagi..comey sangat sebab banyak doa-doa harian yang beserta terjemahan lengkap dengan ilustrasi yang menarik dan penuh warna-warni.

Bagi mama buku ini sangat sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan boleh membantu mereka dalam menghafal doa-doa harian ini untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.


 Cuma yang buku tu mama tak bagi zaira pegang dulu, sebab ada harapan untuk kena kunyah dengan zaira nanti.

mama simpan dulu sampai zaira dah pandai baca. Bila zaira dah brentikan tabiat koyak dan kunyah buku mama janji kita baca sesama yer? 

Anakku sayang..Insya Allah boleh!!