tok tok harimau pukul berapa sekarang?

Thursday, July 25, 2013

BILA SAMPAI TITIK NOKHTAHNYA


Assalamualaikum my little sweetheart..


Lamanya mama tak buat catatan untuk zaira..
Seperti waktu begitu cemburu.. kesibukan kerja adakala membuat mama terlupa untuk menulis sesuatu di sini.

 Mama minta maaf yer sayang. But I will try my best untuk terus menulis.. Insya Allah.
Dua hari lepas, mama baru sahaja kehilangan seorang rakan sekerja. Allahyarham ustaz Mohklis yang telahpun dijemput Allah untuk meninggalkan dunia sementara ini.

Allahyarham yang terlalu baik orangnya, sehinggakan mama tidak tahu bagaimana mahu menyusun ayat untuk menulis satu persatu kebaikannya.

Begitulah sayang… perjalanan kita di dunia ini ada titik nokhtahnya.

Bahawa Allah telah pun berfirman:
“tiap-tiap diri akan merasai mati dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu sekalian akan dikembalikan. – Surah al Anbiya’ ayat 35




Anakku sayang..
Mungkin ini catatan pertama mama yang menyebut dan mengingatkan zaira tentang kematian.

Walaupun zaira tidak pernah mengenali Allahyarham ustaz Mokhlis. Malah allahyarham tiada pertalian hubungan dengan zaira.. tapi mama tetap ingin bercerita. Mama ingin zaira tahu.

Kematian itu tidak mengira usia.

Tidak juga memilih siapa kita.

Tidak mengira di mana kita berada.

Bahkan kita sendiri tidak tahu bila saat kematian kita akan tiba.

Hanya Allah SWT sahaja yang maha tahu.

Mama juga ingin zaira tahu.. kesihatan yang kita miliki sebenarnya hanya pinjaman semata.
Bila Allah menguji dengan menarik nikmat sihat kita, bersabarlah dengan dugaan Nya.
Seperti mana allahyarham ustaz Mohklis yang tidak pernah mengeluh dengan kanser yang dideritainya.
Yang sentiasa berjuang melawan penyakitnya..

Selalulah pinjam semangat beliau, bila Allah mengujimu kelak.
Ketabahan dan kecekalannya kekal hingga ke akhir nafasnya.

Al fatihah..
Semoga rohnya tenang bersama orang –orang beriman.
Amin ya rab al amin


Thursday, July 11, 2013

BILA ZAIRA MERAGAM...


Assalamualaikum wbt..

Dah tiga hari berpuasa, tiga hari tu jugaklah zaira bangun tiap kali mama bangun untuk masak juadah sahur. 
Selalunya zaira bangun tak pernah menangis, tapi kali ni asyik menangis dan merengek-rengek jer.
 Lately, memang zaira suka buat perangai, tiba-tiba manja sangat macam nak minta lebih perhatian.
Alahai anakku yang sorang nih..

Baik cenggini kan bagusss.. :)


Malam pun tidurnya tak lena, kadang-kadang dalam tidur pun merengek dan menangis.
Bagi susu pun kejap jer senyapnya, lepas tu merengek balik
Dah tukarkan pet-pet (pampers) pun merengek jugak..
Sungguh menguji tahap kesabaran mama bila zaira meragam..
Rupanya, wan bagitau siang pun dia asyik merengek..
 Pelik jugak mama. Selalu zaira okey aje.

Zaira tak pernah macam ni pun..
Kenapa agaknya ye?

Mama pun buat senarai sebab-sebab kemungkinan:
1)     Nak kata demam, tak panas..

2)     Nak kate sakit perut..bila dukung dia ketawa pulak..
Sampaikan papa kate, ni semua drama zaira semata-mata..
Aik anakku, dah pandai berdrama pulak?

3)     Ke zaira nak tumbuh gigi ek?
Mama terfikir jugak sebab Zaira dah 9 bulan, tapi masih belum nampak tanda-tanda gigi susu nak tumbuh..

4)     Orang tua-tua kate, kalau tetiba anak kita meragam tanpa sebab, tu tandanya dia nak dapat adik..

Apa?? Err..err..mama lebih prefer sebab yang ke-3 tu..
Apa-apa pun mama harap cepatlah mood meragam zaira ni berlalu.

ALHAMDULILLAH FOR EVERYTHING


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Ramadhan hari pertama semalam, mama dapat selesaikan bacaan Al quran mengikut jadual.
Papa pun dapat selesaikan.
Tapi baru hari pertama kan.. jauh lagi perjalanannya..
Doakan mama dapat khatam Al Quran dalam bulan Ramadhan ni yer.
Nanti zaira dah besar sikit, kita boleh mengaji quran sama-sama.


mama ikut tips kat bawah ni sebagai panduan untuk khatam Al Quran dalam masa sebulan:




Mama dah print jadual kat bawah ni, senang nak tanda (/) bila dah selesai. ^_^ 
Ummi, ibu, mummy, dan mak-mak yang lain pun boleh try.. seronok sangat bila dapat tanda (/) tu..hehe



Bulan puasa ni rezeki mama murah.
Terima Kasih ya Allah.
Sejak hari pertama nak sambut Ramadhan, pengasuh zaira selalu bagi mama macam-macam.
hari pertama nak berpuasa, wan bagi rendang daging, esoknya wan bagi pajeri nenas dan pengat pisang.
Mama pun terfikir-fikir nak bagi juadah apa kat wan nanti.
Orang berbudi kita berbahasa. Tak kan nak harap orang jer bagi kat kita, kan?
Errr, tak-tak.. jangan cuba membayangkan mama nak bagi juadah hasil air tangan mama..
Mama pi beli yang kat bazaar ramadhan je kot..
Kalau nak masak untuk papa je bolehla..
Untuk nak bagi orang lain merasa air tangan mama ni, mama tak berapa nak confidentlah..
Masakan mama tak berapa nak sedap la.
Tapi Alhamdulillah, papa dah terima hakikat dapat isteri yang masakannya tak sedap.
(-_-)”
Terima kasih pada papa yang tak pernah complain walaupun masakan mama tak sedap.
hehehe..
Mama akan gigih lagi berusaha yer untuk jadikan masakan mama sedap.
Memang betul isteri kena tambat hati suami dengan masakan..
Tapi mama nak bagitau, suami pun kena pandai masak juga tau..
Mana tau satu hari nanti suami kena masuk dapur bila isteri tak sihat ke..kan?

okeh!
Siapa pandai masak angkat tangan!!
Eh..eh..

Monday, July 8, 2013

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Assalamualaikum wbt..

Rasa macam sekejap sangat masa berlalu.
Macam baru je semalam masuk tahun baru..padahal yang sebenarnya dah masuk bulan julai pun..
Gitulah tanda-tanda dunia nak akhir zaman..

Beberapa jam dari sekarang, Ramadhan akan menjelma…
Ramadhan pertama bersama zaira..?
Actually no…tahun lepas lagi mama dah sambut ramadhan bersama zaira.. tapi masa tu zaira masih dalam perut lah..:)  but still, mama tetap rasa mama dah sambut Ramadhan bersama zaira sejak tahun lepas..
Ramadhan tahun lepas mama tengah mengandungkan zaira 7 bulan.


Gambar dipagi raya.. zaira dalam kandungan 8 bulan..

And now, diam tak diam, zaira dah 9 bulan.
Mungkin Julai ni mama tak dapat update banyak entry tentang zaira.
Kerana Julai ialah bulan yang terlalu sibuk buat mama.
 Ini pun curi-curi masa juga buat entry.
Hanya untuk mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Semoga semua amal ibadah kita diterima dan mendapat keberkatan di sisi Nya..
 Amin ya Rab Al amin