tok tok harimau pukul berapa sekarang?

Tuesday, August 27, 2013

MY LIFE IS DEDICATED TO ALLAH

Assalamualaikum Zaira Rizqa..
Semoga Zaira bahagia selalu..
Hari Jumaat ni, di organisasi mama akan diadakan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Sudah hampir 6 tahun mama di sini. Terus terang, tidak pernah terdetik sedikit pun harapan di hati mama untuk menerima sesuatu penghargaan di majlis ini.
Bukan kerana mama kecewa.
Cuma itu bukanlah matlamat mama bekerja.
Jika mama diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, atau
jika mama diberi pilihan antara naik pangkat dengan anak-anak berjaya dunia dan akhirat.
Tentulah dengan yakin, mama pilih anak-anak yang menjadi, berjaya dan cemerlang dunia dan akhirat. Kerana bagi mama, anak-anak mama adalah harta mama yang paling berharga.
Ganjaran yang Allah beri lebih manis dan lebih bermakna berbanding ganjaran manusia yang berbentuk material semata-mata.

Mama selalu ingat hasil tulisan seorang ustaz: “Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita.”

Anakku sayang, 
bila zaira besar nanti dan berdepan dengan situasi “penat membuat kebaikan tetapi tidak pernah dihargai”, ingatlah pesan mama:
Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan.
Sebaliknya berhentilah mengharap ucapan terima kasih dan penghargaan daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.
Bila zaira berbuat kebaikan, matlamat dan tujuan membuat kebaikan itu perlu disandarkan hanya kepada redha Allah semata-mata.
Ingatlah, walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya, Allah tetap tidak berhenti memberi. Sekalipun kepada mereka yang angkuh dan kufur, Allah tetap terus melimpahkan rezeki kepada mereka.
Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?




Wednesday, August 21, 2013

SELAMAT HARI JADI MAK LONG!!


Assalamualaikum zaira..

Kenal tak ini siapa? This is your mak long..

Gambar mak long dengan abang afiq masa kecik-kecik.. comey kan?

Semalam hari jadi mak long.
Tapi mama tak sempat nak wish.
Sibuk sangat bermeeting dan siapkan dokumen untuk hantar ke HQ.
Sorry yer mak long..

Okey zaira.. Jom say happy birthday to mak long…

“ Selamat hari lahir mak long… semoga dimurahkan rezeki, bahagia, ceria dan tabah selalu menghadapi dugaan. Insya Allah”

Sekarang mak long zaira tengah mengandung second child.. dah lima bulan pun.
Disember tahun ni insya allah, abang afiq akan dapat adik.. mama pun teruja nak dapat anak buah baru.
Mama doakan semuanya selamat..

Semoga abang afiq jadi abang long yang baik dan soleh.

Abang Afiq dah 4 tahun, means tahun depan sepatutnya dah boleh masuk tadika. 

Tapi bila tanya: afiq nak sekolah tak tahun depan?
Abang afiq mesti jawab: Tak nak!
Errr..

Afiq satu-satunya cucu lelaki dalam keluarga tok abah dan tok mak.

Dan sesuatu yang lumrah bagi kanak-kanak yang sedang membesar terutamanya lelaki,  dikaitkan dengan perkataan NAKAL.

Cuma tok abah dengan tok mak kata: nakalnya tu..opss, terlebih sudah. Kadang-kadang, mama pun ringan tangan jer terpukul abang afiq sebab geramm..
Maafkan mak usu yer abang afiq..

Sebenarnya mama tak berani nak komen banyak-banyak. Sebabnya  Mama pun ada anak yang boleh tahan juga aktif.

Cuma mama ada minta tok mak dan mak long bacakan surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali pada minuman dan makanan abang afiq.

Semoga lepas ni abang afiq dengar cakap mamanya kan..


Ya Allah, semoga Afiq Farhan dan Zaira Rizqa akan jadi anak-anak yang membanggakan mama dan papa satu hari nanti. Semoga mereka menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.

Insya Allah!

Tuesday, August 20, 2013

MULAKAN PAGI DENGAN KESYUKURAN



Assalamualaikum my sweetheat..

Selamat pagi sayang…


Semoga zaira rizqa sentiasa dalam lindungan Allah SWT..

Alhamdulillah, syukur..selesema dan batuk yang mengganggu keceriaan buah hati mama telah beransur-ansur pergi. Dah kembali aktif meneroka dunia..

Tak apa lah sayang, SELALU SABAR dan REDHA dengan dugaan Allah yer.

Mama harap zaira dapat mulakan setiap pagi dengan hati yang SYUKUR dan ceria serta berfikir yang baik-baik. Insya Allah, zaira akan jadi orang yang paling bahagia kerana kebahagiaan dan ketenangan itu ada dalam setiap KESYUKURAN yang kita panjatkan kepada Allah SWT.


Mama pun sedang berusaha untuk penuhi hati mama dengan rasa syukur.

Perkembangan mengaji zaira agak perlahan. Mama yang tak istiqamah dan teknik pun mungkin membosankan zaira..

Nampaknya mama kena recharge balik semangat ajar zaira mengaji..

Dalam pada tu, mama cuba buat aktiviti lain. Sekarang ni bila mama baca je zikir Lailahaillallah… Zaira mulalah senyum lebar sambil ayunkan badan ke depan dan belakang.

Once again. Mama syukur walaupun ini bukanlah perkembangan luar biasa.
At least ada perkembangan yang baik dan positif.  (err.. macam ayat sedapkan hati je ni.)

Tapi, kadang-kadang tu terover ayun sampaikan nak tersembam ke lantai pun ada. :P

Demi Allah, hakikat yang nyata dalam hidup mama sekarang, Zaira Rizqa selalu buat mama tersenyum..


Monday, August 12, 2013

AIDILFITRI 2013: BERAYA SAMPAI DEMAM


Assalamualaikum.


Tahun ni tak sempat bergambar raya dengan family sebelah Melaka.
Terkilan pula mama.
Tapi tak apa lah. Tahun depan pulak yer. Insya Allah..

Aidilfitri kali ini, giliran beraya dengan atok dan nenek kat johor.


Zaira Rizqa di pangku nenek. Tema tahun ni, kuning langsat ikut permintaan papa..


Raya kedua, ketiga dan seterusnya dah tak ambil gambar sebab baby khalifah zaira demam.
Meragam jer dia..


Dan yang paling best, setiap kali pergi raya, mesti muntahkan tudung dan baju raya mama.

Kalah perfume mama dengan bau muntah masam zaira. Hohoho.  

Dugaankan?

Tapi Mama redha.. yang penting zaira cepat-cepat sembuh yer sayang.