tok tok harimau pukul berapa sekarang?

Sunday, September 29, 2013

THE SPEECH OF ALLAH



Bismillahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt zaira rizqa…

My beautiful baby..
Today, we will read the most important words you will ever need.
The speech of ALLAH, revealed to one man, 
Muhammad.
 He is our beloved Nabi.


My love, Zaira Rizqa..
This is the Glorious Al Quran.


The words of your Lord.
Within it, you will find the most beautiful words
You will find good advice and guidance
And also, you will find sound knowledge.
Masya Allah! 

So together, let us read Al Quran.
Let’s start with surah al fatihah.



Have a blessed day my little caliph!

Thursday, September 26, 2013

UPDATE: ZAIRA RIZQA RINDU MAMA YA?


Assalamualaikum wbt

Semoga Zaira Rizqa, anakku sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT..

Ammen ya Rabb

mama cuma nak update sikit tentang entry sebelum ni..

Sekarang mama masih di hotel Ancasa..
Hari ketiga mama di sini, Alhamdulillah, syukur.. Segalanya hampir selesai..
Tak sabar menunggu detik 12.00 pm, untuk check out esok.

Rindu pada zaira usah dicerita. Itu hanya Allah yang maha mengetahui.
Malam pertama, lena tak kunjung tiba.

Mama menelefon papa bertanyakan zaira. 
Jadual yang padat menyebabkan mama tak dapat berhubung selalu
Bila mama telefon papa, selalunya papa dah tidur, tapi Papa jawab zaira okey.
Sekurang-kurangnya mama lega.

Malam tadi mama tanya lagi update tentang zaira.
Sedih hati dengar bila papa cerita, zaira terjaga lebih kurang pukul 1 pagi, dan menangis.
Bila papa sua susu pun dia menangis tak mahu. 10 minit papa pujuk-pujuk, baru diam.


Zaira rindu mama ya?

Mama pun rindu zaira sangat-sangat!


Monday, September 23, 2013

BERATNYA RASA HATI...


Assalamualaikum wbt..

Terkebil-kebil mama perhatikan surat arahan outstation. 
Bukan tak pernah outstation, tapi kali ni lain benar situasinya. 

Sejak minggu lepas lagi perkara outstation ini dah pun bertamu di benak mama. Bukan setakat bertamu, rasanya dah sampai tahap buat “penempatan kekal”  dalam fikiran mama.  Sikit punya risau.

Berat hati mama nak tinggalkan zaira rizqa.

Bukan tak pernah tinggalkan zaira pun sebelum ni.
Pernah!

Sebelum ni mama pernah outstation di Melaka, tapi cuma dua malam.

Mama juga pernah outstation di Seremban, dan malam-malam lepas habis bermeeting, mama sanggup balik semula ke rumah semata-mata risaukan zaira.

Kali ini di kuala lumpur. Jarak yang lebih jauh dan pastinya di luar keterbatasan kudrat dan kemampuan mama untuk berulang.
Dan lebih berat rasa hati bila jadual outstation mencecah empat hari.

Mama tak dapat bayangkan macam mana mama akan lalui empat hari tanpa zaira.
Dan lebih merisaukan, bagaimana zaira tanpa mama sepanjang tempoh empat hari tu.

Mamalah yang tidurkan zaira setiap malam.

Ni la dia rupa baby khalifah zaira masa tengah tidur. bukan main syok dia tidur kan.


Selepas di zoom out.. taraaaa!!! ya Rabbi.. cumel sungguh teknik tido zaira ;)
bakal mak mertua tengok ni confirm2 reject 


Mama yang bacakan surah al fatihah, tiga Qul, ayat Qursi dan doa tidur untuk zaira setiap malam.

Mama yang akan bangun salinkan petpet zaira setiap malam

Dan mama juga yang akan bangun untuk buatkan susu setiap malam.

Bolehkah papa ambil alih tugas mama sepanjang empat hari tu dengan jayanya?
Bolehkan papa pujuk zaira yang akan menangis mencari mama setiap kali bangun dari tidur?

Atau mungkinkah mama yang terlalu paranoid pada papa.
Yang pasti.. mama yakin, Allah akan sentiasa menjaga zaira Rizqa selalu. Hanya Allah tempat mama bergantung harap. Insya Allah.

Sedihnya hati nak tinggalkan zaira rizqa.

Bertabahlah duhai hati.



wajah dan keletah 'mak Jemah' yang sentiasa dirindui

to my sweetheart, 
Sepanjang mama tak ada nanti, zaira jangan nakal-nakal yer.

Jangan nangis.

kalau malam-malam rindu kat mama, peluk papa kuat-kuat ya.

Mama pun akan rindu zaira juga. Dan pasti mama akan tatap gambar zaira sampai terlena.

Hujung minggu nanti mama balik, kita jumpa ya sayang. 

Insya Allah!

Tuesday, September 10, 2013

HATI SEORANG IBU


Assalamualaikum wbt..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..

Hari isnin yang lepas mama bercuti.
Cuti yang tak dirancang. Dengan kata lain mama ambil cuti kecemasan.
Insya Allah,  mungkin sepanjang seminggu ini zaira tidak ke rumah wan.
 Wan telefon maklumkan yang kakaknya sedang kritikal di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Dan atas dasar itulah wan minta cuti dari menjaga zaira.
Mama pun tak tahu sampai bila.
Apapun, mama doakan semoga Allah berikan kesembuhan dan kesihatan kepada kakak wan seperti sedia kala.

****

Sepanjang malam, mama tak lelap.

Terfikir-fikir mana nak hantar zaira esok.
Mama rasa tak ada pilihan lain, terpaksa hantar kat TASKA yang selalu dimomok-momokkan dengan cerita negatif.
Sejauh mana kebenarannya,mama tak pasti.

Lebih kurang pukul 4 pagi mama terjaga dari tidur.
Terkebil-kebil perhatikan zaira yang tengah lena.
Mama usap ubun-ubin zaira.
Entah kenapa mama rasa tak sedap hati. 
Hati seorang mama kan selalu begitu.. Benda kecik pun nak risau lebih-lebih.
Mama terus capai handphone dan “sms”kan kerisauan mama pada tok mak.
Lebih kurang 10 minit kemudian mama dapat sms balas dari tok mak.
Macam biasa tok mak akan jadi penyelamat. 

Itulah hakikat dan erti seorang ibu.
 Sama-sama susah hati kalau anaknya ada masalah.
Setiap kali mama ada masalah, masalah tu akan jadi masalah tok mak juga.
Setiap kali mama dipagut risau, maka itu juga akan jadi kerisauan tok mak.
Namun, setiap kali lihat kasih sayang tok mak, entah bagaimana mama akan jadi bersemangat untuk bangkit menghadapi ujian di sepanjang jalan kehidupan yang mama telah lalui selama 30 tahun ini.

Begitulah kasih sayang seorang emak..
tak kan pernah habis termakan waktu..
tak kan pernah berubah walau siang berganti malam..

Dan hakikat paling penting. kunci syurga itu letaknya di bawah telapak kaki ibu.


Okey zaira, sepanjang minggu ni tok mak yang akan ambil alih jaga zaira yer.
jangan meragam dan susahkan tok mak tau..
Jadi budak yang baik yer sayang..

untuk tok mak: mama always love u..



Thursday, September 5, 2013

SEBELAS BULAN: BELUM SEDIA MAHU JADI KAKAK


Assalamualaikum Zaira Rizqa..

05 September 2013.
Hanya tinggal satu bulan saja lagi sebelum ulangtahun kelahiran Zaira Rizqa yang pertama.
Masya Allah. Sekali lagi mama terasa begitu cepat masa berlalu.

Okey zaira.. dah bersedia untuk jadi kakak?
 :P

 Tahap berdikari zaira kian meningkat – walaupun belum boleh berjalan, tapi ada perkembangan lain yang patut disyukuri.
Alhamdulillah.
(^_^)

Zaira boleh pegang cawan. Tapi belum boleh minum sendiri guna cawan.  Maklumlah zaira masih belum pandai “control” air yang nak dimasukkan dalam mulut.



Ini cawan kesayangan zaira.. paling lama pun lebih kurang 30 minit cawan ni akan jadi cawan kesayangan zaira. Cubalah ambil cawan ni dari tangan zaira waktu dia tengah sayang sangat kat cawan tu, confirm akan dengar jerit tangis dia satu apartment.
Buat amok sambil menghempas-hempas badan.

Tapi bila zaira pegang cawan ni, mama mesti bersedia bila-bila masa , sebab zaira akan melontarkan saja cawan tu bila dah sampai tahap “tak sayang cawan ni lagi”.

Dengan berbekalkan sebatang gigi bawah yang belum  tumbuh sepenuhnya, zaira dah pandai menyuap dan menghabiskan makanannya dengan sendiri.  Makanan yang mama maksudkan merujuk kepada biskut.
Comotnya tak usah cerita.



Disebabkan comot terlampau, mama yakin, zaira belum bersedia nak jadi kakak. hihi

Perkataan pertama zaira yang bermakna ialah ALLAH.
Sampai sekarang zaira masih belum boleh sebut perkataan “MAMA”. Tapi mama tak kisah. Yang penting zaira tahu sebut nama TUHAN yang MENCIPTAnya.
Hanya dua perkataan bermaksud yang sering disebut iaitu “ALLAH” dan  “ABA”

Perkataan ALLAH paling banyak disebut dalam sehari. Pujian patut diberi kepada wan, pengasuh zaira. Betul kata orang, pemilihan pengasuh memainkan peranan penting dalam perkembangan anak-anak. Insya Allah.
Yang lain-lainnya mama sendiri tak pasti maksudnya.
Untul perkataan “ABA”, mama tak pasti ABA tu merujuk kepada apa, tapi setiap kali zaira sebut “Aba”, papa dia mesti menyahut.
Jadi mungkin lepas ni, papa dengan mama bercadang nak tukar panggilan “papa” kepada “abah”.
Kita wait and see ya.

Disebabkan zaira belum tahu sebut perkataan "adik", jadi mama buat kesimpulan, zaira belum bersedia mahu jadi kakak.

Boleh gitu?