tok tok harimau pukul berapa sekarang?

Tuesday, October 15, 2013

SALAM IDUL ADHA ZAIRA RIZQA...


Assalammualaikum zaira rizqa.

Hari ini bukan hari yang biasa. 
Hari ini hari yang istimewa dan penuh barakah bagi umat Islam.
Hari ini ialah hari raya idul adha..


Sempena menyambut Hari Raya Qurban ni..

mama nak ceritakan kisah dan pengorbanan Nabi Ismail a.s dan ayahandanya Nabi Ibrahim a.s.. 
kisah bagaimana taatnya bapa dan anak ini dalam menerima dan mentaati perintah Allah...

juga cerita tentang keimanan yang tersemat teguh dalam jiwa nurani mereka..


Kisah ini tercatat dalam Al Quran.

Di suatu ketika, Nabi Ibrahim menerima wahyu dengan cara mimpi yang benar untuk menyembelih anaknya. sudah tentu, ianya satu ujian yang besar dan sukar bagi seorg ayah ke atas anaknya yg masih kecil dan ditatang dgn penuh kasih sayang. 

namun begitu, disebabkan tingginya keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap ALLAH, bapa sedia menyembelih anaknya dan anaknya pula sedia disembelih kerana patuh dengan perintah Allah... 
alangkah tinggi dan agungnya ketaatan mereka kepada Allah swt, hingga diuji dengan nyawa sekalipun, mereka tetap mematuhinya.


Ketika keduanya bersedia utk melaksanakan perintah Allah...dan Ismail bersedia menghulurkan lehernya, ketika itulah Allah telah menyeru malaikat Jibrail supaya menggantikan Ismail dgn memberi seekor kibas yg gemuk.

Allah berfirman, ertinya:


Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,

Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya Demikianlah Kami memberi Balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar."
(QS. Ash-Shaaffat: 104-107).






Selamat hari raya idul adha zaira Rizqa.

zaira tak pergi beraya ke mana-mana. Cuma tunggu tetamu datang. (kot-kot ada..)
Sambil busy mengemas pinggan mangkuk tok mak.


Anak dara mama yang sungguh rajin mengemas...



Aktiviti mengemas tergendala.. kita posing dulu sebelum sambung kemas balik..hihi



Selamat hari raya semua!!! 


Saturday, October 5, 2013

DOA MAMA UNTUK ZAIRA RIZQA DI ULANGTAHUN PERTAMA KELAHIRANMU..


Bismillahirahmanirrahim..

~Ya Hannan, kurniakanlah kepadanya hati yang dapat merasai keindahan iman…
yang dengannya, dia mendapat ketenangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat~

05 Oktober 2013 

Mudah-mudahan, hari ini adalah permulaan yg baik buatmu..

Selamat hari lahir yang pertama.. semoga redha Allah SWT mengiringimu selalu duhai anakku…:)
 Amin ya Rabb al Amin
 Hari ni genaplah setahun usia zaira Rizqa

Alhamdulillah

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan rezeki yang sangat beharga kepada mama dan papa

Anugerah yang terindah kepada kami...


Selamat hari Lahir sayang..

Semoga ZAIRA RIZQA
Menjadi anak yang solehah

Anak yang mendengar kata.. Menghormati ibu ayah

cemerlang dunia dan akhirat... 

Semoga sihat sentiasa dalam meniti hari-hari untuk membesar


Zaira rizqa membawa maksud yang bermakna buat mama. 
Satu hari nanti mama percaya zaira mesti akan tanya kenapa mama namakan Zaira dengan nama zaira Rizqa

Dan inilah kisahnya…

Saat kelahiran zaira rizqa ke dunia ini, mama sangat-sangat bersyukur kepada Allah.

Saat itu mama berdoa, semoga kehadiran zaira dapat menyemarakkan lagi cinta dan kasih di antara papa dan mama, seperti berkembang mekarnya sekuntum “bunga.”

Saat itu, mama juga berdoa semoga mama dan papa mampu menjadi ibubapa yang cemerlang, bersama-sama mendidik Zaira Rizqa menjadi seperti sekuntum "bunga" (Zaira) yang dihiasi dengan kelopak AKHLAQ yang MULIA, harum wanginya dengan ILMU AGAMA, cantiknya kerana IMAN dan TAQWA. 

Kelahiran Zaira Rizqa juga tentunya akan menambah "rezeki" (Rizqa) kepada mama dan papa seperti yang dijanjikan Allah. 

Rezeki yang dimaksudkan bukanlah berbentuk harta semata-mata, malah lebih bermakna dari itu.

Lahirnya Zaira rizqa membawa bersama REZEKI dalam bentuk KEBAHAGIAAN, KEHARMONIAN dan KETAQWAAN kepada ALLAH dalam diri mama dan papa.

Malah mudah-mudahan mama dan papa akan mendapat rezeki harta berbentuk DOA daripada anak yang soleh/solehah apabila mama dan papa bersemadi di pusara kelak. 
Amin.

Selamat hari lahir sayang!