tok tok harimau pukul berapa sekarang?

Friday, December 20, 2013

CEMBURUKAN KEHADIRAN MUAZ...


Assalammualaikum wbt.

Pagi jumaat nan indah di bulan Disember.

Sedar tak sedar, dah pun sampai ke penghujung tahun 2013. Perkahwinan mama dan papa telah genap 2 tahun pada 17 disember yang lalu. Semoga Allah terus memberi barakahNya dalam rumahtangga kami. Dan semoga Allah kurniakan mama dan papa anak-anak yang soleh dan solehah sebagai penyejuk hati.

Alhamdulillah!

Hujan yang turun sepanjang bulan disember ini juga membawa rahmat buat keluarga mama. kak long telah selamat melahirkan  cahaya mata keduanya pada 16 DISEMBER 2013. And it’s a boy! Barangkali belum ada nama lagi. Mama pun belum berkesempatan lihat wajah baby boy kak long.
Insya Allah petang ni mama, papa dan zaira akan pulang ke Melaka untuk ziarah kak long dan baby.  Nanti mama sharekan gambar baby boy kak long.
Kang ngah sekeluarga dah pun ada di Melaka.

Okey, tak sah la kan kalau mama tak cerita tentang si little Zaira.

Alhamdulillah, dua tiga hari ni mama tak sihat, zaira macam faham je. Zaira tak buat perangai. Kadang-kadang zaira akan baring sebelah mama, tengok-tengok dah terlelap je. kasihan tengok wajah si kecil tu.
Tapi ada jugak waktunya zaira akan meragam. Itu perkara normal untuk kanak-kanak seusia zaira. Terutama sejak bulan pertama, baby Muaz datang. Baby Muaz adalah anak kepada kawan sekerja mama. Pendek cerita, Zaira dan Muaz ni berkongsi pengasuh yang sama.

Gambar Baby Muaz ketika baru lahir. so cute! 



Sejak muaz hadir, wan kerap adukan perangai zaira. 
sebenarnya mama pun perasan.

Apa yang wan adu tu semua betul. mama tak nafikan.
Memang mama perhatikan, Zaira kerap mengamuk dan menangis sejak adanya Muaz, sampai terbawa-bawa ke rumah perangai cengengnya tu.
Pagi tadi, wan bagitau mama, bila wan pangku Muaz, zaira akan bising-bising macam marah-marah kat muaz.
Mama terfikir, dalam usia zaira dah setahun dua bulan ni, dah tentu zaira dah ada perasaan cemburu dan bimbang kehilangan kasih sayang dari wan.
Mujur jer, zaira masih belum boleh cakap. Kalau tak sah-sah dia cakap” wan ni dah tak sayangkan zaira lagi ke..” hehe.
Jadi, mama rasa tanggungjawab untuk menukar perasaan cemburu tu kepada kasih sayang, memang tanggungjawab yang besar. Nak-nak bila zaira bakal jadi kakak kelak, mama dan papa perlu persiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran bersikap adil, supaya tak ada anak-anak mama yang terasa hati nanti. Insya Allah.. zaira akan jadi kakak yang penyayang!