tok tok harimau pukul berapa sekarang?

Saturday, September 27, 2014

HAI MAMA..I'M READY FOR SCHOOL



Assalamualaikum..

Kakak Zaira dah tak sabar nak ke sekolah. Hari sabtu, orang tak sekolah pun duk gigih menggalas beg sekolah ladybug dia yang comey tu.

Insya Allah, nanti kakak Zaira dah 4 tahun, mama daftarkan sekolah ya.. la ni meh blajar dengan mama dulu.

Sekarang ni suka sangat dia nyanyi lagu ABC dengan lagu 123. Tak kira masa, sampaikan adik Raisya nak tidur pun tak boleh..huhu. merdu sangat suara si kakak..hahaha..

Alhamdulillah, rajin-rajin belajar ye kakak..


Dah besar rupanya anak mama ni. :’)

Monday, September 1, 2014

BAHAGIANYA MELIHAT PERKEMBANGAN ANAK-ANAK DI DEPAN MATA..

Bismillahhirrahmanirrahim

Dah nak dekat dua bulan dah mama bercuti. Memikirkan bulan oktober ni mama akan mula kerja macam biasa, rase lemah longlai pula lutut ni. Dah banyak lemak sangat nampaknya mama ni. Hehe. Bukan apa, seronok pula melihat zaira rizqa dan zunnur raisya membesar depan mata.
Opps.. Seronok-seronok jugak.. cuba time dua-dua mengamuk serentak, masa tu jugak rasa nak pi masuk kerja cepat-cepat..hehe..

Ingatkan time cuti macam ni boleh update blog hari-hari, tapi masih jugak tak boleh.  Bukan apa, malas nak berebut laptop dengan si kakak zaira rizqa. Ni pun mama berkarya tengah-tengah malam time dua-dua dah tidur. Nak update blog punya pasal, tahan mata kejap.

Adik raisya baru je malam tadi tidur buai. Sebenarnya Mama sedaya upaya tak mahu raisya tidur buai, tapi apakan daya, raisya ikut juga jejak langkah kakak zairanya tu. Cuma, bezanya, rekod raisya bertahan tak tidur buai lebih lama,  masuk je hari ke 50 dah “fail” di situ..


Adik ZUNNUR RAISYA dah 1 bulan ++.  Bukan main lenanya dia tidur kan..
yang bawah ni gambar kenangan kakak Zaira Rizqa dalam buai masa usia 4 bulan.. 
comey tak kakak? 

Kakak ZAIRA RIZQA usia 4 bulan.. :) serupe tak dgn adikRaisya?


Raisya dah 4.35 kg masa checkup sebulan haru tu. dari 3.35 ke 4.35 kira naiklah 1kg.. 
Memang sangat kuat menyusu tau si comel ni..badan pun dah semangat, naik lenguh lengan mama kalau time “breastfeeding”kan raisya.

untuk rekod ketinggian dan berat kedua-dua puteri mama:

Zaira Rizqa - newborn 
Berat: 3.20 kg
Tinggi: 49cm

Zunnur Raisya - newborn
Berat: 3.35 kg
Tinggi: 50cm


untuk rekod 1 month:

Zaira Rizqa - 1 month 
Berat: 4.1 kg (+0.9kg)
Tinggi: 55cm (+6cm)

Zunnur Raisya - 1 month 
Berat: 4.35 kg (+1kg)
Tinggi: 54cm (+4cm)

Alhamdulillah, Allah anugerahkan kesihatan yang baik pada kedua-dua anak mama ni
Membesarkan dengan sihat dan kuat yer sayang..





Sunday, August 24, 2014

MH17 DAN AL FATIHAH

Assalamualaikum anak-anak mama tersayang!

Ya Allah, ya rahman, ya rahim..didiklah anak-anakku ini, Zaira Rizqa dan Zunnur Raisya menjadi insan-insan yang Engkau redhai. Moga mereka menjadi hambaMu yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin ya rab al amin…

Alhamdulillah, walaupun Negara dalam kesedihan akibat kehilangan misteri pesawat MH370 dan nahas Mh17 yang ditembak jatuh oleh pihak tidak bertanggungjawab, namun di setiap kesedihan itu pasti ada hikmahNya.

Maha suci Allah, hanya Dia yang mengetahui setiap segala kejadian. kita sebagai menusia hanya mampu meneka dengan pelbagai kemungkinan yang tak pasti.

Barangkali  Allah ingin memanggil semula ingatan kita kepadaNya dengan ujian yang ditimpakan.  Dan barangkali Allah rindu ingin mendengar kesungguhan doa kita kepadaNya. Dan barangkali juga kita sudah terlalu jauh dariNya..inilah saatnya kita kembali dekat kepadaNya.

mama harap anak-anak mama akan sentiasa ingat pesan mama:  setiap kelukaan takkan pernah sembuh selagi kita tak datang dekat pada-Nya.



Alangkah manisnya jika media sosial, stesyen Tv terutamanya terus memperdengarkan surah al fatihah tanpa perlu menunggu khabar berita sedih seperti ini.
Zaira rizqa sendiri sangat suka mendengar surah al fatihah dan ikut sama membaca walaupun dengan bacaan yang pelat dan masih banyak yang tidak betul.
Tragedi ini memang terlalu merundung duka di hati mama, namun bila zaira ikut membaca al fatihah, mama mampu tersenyum tenang.
Mungkin ini yang dikatakan hikmah.

Semoga semua ahli keluarga mangsa yang terlibat tabah dan sabar menghadapi ujian maha hebat ini.


Innalillahi wainnailahirajiun.

Friday, August 22, 2014

ZUNNUR RAISYA~ANUGERAH YANG MAHA INDAH

Bismillahirrahmanirrahim

Tiada ungkapan yang dapat dilahirkan selain ucapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT atas kurniaan yang maha indah ini.

Alhamdulillah.

Zunnur Raisya telah selamat lahir ke dunia pada 9 julai 2014 pada jam 4.11 pagi dengan berat 3.35kg. Selamat datang sayang!




Memang terlalu lewat mama menulis tentang kelahiran Zunnur raisya di sini. Mencari-cari ruang masa menyebabkan mama agak terlewat. Namun, syukur kerna masih diberi kesempatan waktu untuk menulis tentang Zunnur Raisya.

Hari ini genap hari yang ke 45. Alhamdulillah Zunnur Raisya berada dalam keadaan sihat walaupun semasa kandungan mama 8 bulan, mama disahkan sebagai pembawa kuman GBS.  Tak terluah rasanya rasa bimbang dan sedih mengenangkan risiko jangkitan kuman tersebut kepada Zunnur Raisya kelak. Namun, sesungguhnya Allah maha mendengar doa hambaNya. Doa mama agar Zunnur Raisya sihat dan tidak dijangkiti kuman diperkenankan Allah.

Kesakitan yang Allah kirimkan ternyata sementara. Mengingatkan dan membayangkan mama akan menerima anugerah yang lebih indah dan tentunya tidak setanding dengan rasa sakit yang sementara itu, mama terus berjuang sambil bibir dan hati tak putus berdoa agar segalanya dipermudahkan. Sesungguhnya, Zunnur raisya sendiri  merupakan sokongan, dorongan dan kekuatan termahal untuk mama terus berjuang..


Syukur dan terima kasih ALLAH! Kelahiran puteri kedua mama ini merupakan satu lagi amanah besar yang Allah berikan kepada mama dan papa. Semoga mam dan papa mampu melaksanakan amanah ini dan mendidik Zaira Rizqa dan Zunnur Raisya dengan iman dan ketaqwaan.
Dan semoga juga anak-anak mama ini akan membesar menjadi puteri-puteri yang mencintai Allah, Rasulullah, Al Quran, umat Islam dan akhirat. Amin ya rab al amin.
Insya Allah!!

Mama sayang kamu berdua selamanya. =)

Monday, May 19, 2014

PENCAPAIAN ZAIRA YANG MENGHARUKAN MAMA DI USIA 17 BULAN

Assalamualaikum wbt anak-anakku tersayang

Dianugerahkan pinjaman anak ini oleh Allah AWT, sememangnya satu perasaan yang sangat indah. Setiap kali Zaira Rizqa melakukan sesuatu, mama pasti TERUJA dan TERSENYUM melihatnya.
Anak yang bernama Zaira Rizqa ini adalah amanah Allah kepada mama

Alhamdulillah.. satu pencapaian yang sangat disyukuri oleh mama dan papa kerana pada usia 17 bulan, si kecil mama ini mampu mengenal hamper 14 huruf hijaiyah berbaris fathah.

Mungkin pada pandangan orang lain, pencapaian ini biasa-biasa sahaja dan telah ramai juga anak kecil lain yang lebih baik pencapaiannya..tapi bagi mama, setiap kali zaira Berjaya melakukan sesuatu, mama sebagai ibu merasakan suatu perasaan yang sangat luar biasa. 
Terhari dan syukur bercampur baur.

Mama tahu banyak lagi usaha yang perlu mama dan papa lakukan dan ia tak kan pernah berakhir.


Semoga Zaira Rizqa dan baby dalam kandungan mama ini akan jadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

Amin ya rab al amin..

Amin ya rab al amin...

Tuesday, April 29, 2014

SI ADIK YANG TAK BANYAK RAGAM

Assalamualaikum

Allahu akbar! Menyemak tarikh terakhir entry di blog ini, mama seakan baru tersedar, mama tak mencatitkan apa-apa catatan sepanjang bulan April untuk anak-anak mama yang solehah ni.
Maafkan mama yer anak-anak tersayang.

Diam tak diam, zaira dah 17 bulan.  Perlakuan dan telatahnya semakin mencuit hati mama. Insya Allah mama tetap memberikan perhatian pada zaira walaupun dalam keadaan si adik yang semakin lama semakin membesar dalam rahim mama.

Alhamdulillah, si adik tersangatlah baiknya.  Sepanjang mengandung ni, kurang sangat muntah-muntah.  Walaupun dah masuk 7 bulan ni, mama masih rasa sihat dan bertenaga. Mengandungkan Zaira di trimester pertama adalah pengalaman yang sangat mencabar.. tapi tidak untuk kali ini, rasanya trimester pertama berlalu dengan sangat pantas. J Sedar-sedar jer dah 7 bulan. Alhamdulillah.

Setiap kali buat ultrasound, memang saat yang ditunggu dan mama suka sangat sebab dapat lihat perkembangan baby. Tapi jantina si adik ni masih belum nampak lagi sepanjang buat ultrasound di klinik kesihatan. Adik nak buat surprised la tu ye.. 

hari jumaat lepas, mama ada appoiment dgn doktor Alinawati di Hospital Salam. kali ni mama cuba buat  4Dscan untuk tengok perkembangan dan ketahui jantina adik. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan Allah. 

ni hasil scan pada jumaat lepas..

doktor alina kata adik senyum simpul jer masa scan ni. hehe ..
Kedudukan adik songsang, tapi doktor bagitahu masih ada peluang untuk pusing pada kedudukan normal memandangkan mama baru 28 minggu 6 hari.

Ramai juga yang tegur, mama lebih berseri masa mengandung ni. masa mengandungkan zaira after kandungan 6 bulan pun pun sama. tetiba jer naik seri.. tu orang yang cakap la. mama tak perasan pun seri ke tak..huhu.

hasil scan, doktor bagitahu mama mengandungkan baby girl...

 betullah orang dulu2 kata, kalau mama dia berseri ni, kandungan tu anak perempuan.. hehe..

so kakak zaira, adelah kawan nak main masak-masak nanti yer. :)



Tuesday, March 4, 2014

BOY KE GIRL?


Assalamualaikum wbt..
hai anak mama yang solehah dan bijak..
Semoga zaira rizqa sentiasa di bawah rahmat Allah swt..
Amin ya rab al amin...



Alhamdulillah, zaira rizqa dah sembuh dari demam.
cuma kadang-kadang mama masih terdengar batuk zaira di tengah malam.

05 Mac ni genap usia zaira 1 tahun 5 bulan.
Sempena usia zaira yang dah 1 tahun 5 bulan ni, mama nak buat pengumuman rasmi.
Jeng3..
Sebelum ni mama ada bagi hint-hint je. tapi yang mana cemerlang tu, mesti perasan mama sebenarnya dah maklumkan pun secara tersirat tentang kehadiran bakal baby kedua dalam keluarga kami.
Insya Allah.. zaira rizqa akan jadi kakak solehah bulan julai 2014 nanti.

Masa mama mengandungkan zaira rizqa, memang rasa teruja nak tahu jantina zaira masa tu. Setiap kali mama pergi scan kat GH, setiap kali tu mesti doctor kata: “ sorry puan, tak nampak la jantina baby”
Frust tu memang frust…tapi mama lebih tumpukan pada kesihatan zaira masa tu. Sebab masa mengandungkan zaira, mama ada masalah anemia. Tapi hati kecil mama memang kuat mengatakan my first baby is a girl..
And, tara…
Memang girl… =)


Ramai yang teka baby kali ni baby boy. Tapi, mama tak scan pun lagi, sebab belum berkesempatan lagi. So, kita tunggu je la yer sayang..
macam zaira dulu, bila kandungan mama cecah 7 bulan baru mama scan di hospital swasta untuk tahu jantina baby. Insya Allah kali ni pun, mama akan ambil khidmat dr Asmah, di hospital Salam.
Buat sementara ni kita berteka teki dulu ye..
Kalau family terdekat, macam nenek zaira (belah johor), nek yang (johor), mak long n mak ngah (Melaka), even papa pun teka baby boy.
Setakat ni belum ada yang teka girl. Musykil lak mama. Apsal dorang pilih jawapan boy ek..
Seriously, kalau tanya hati kecil mama, kali ni boy ke girl.. mama pun tak pasti, tapi gerak hati mama macam girl..hihi..
Tapi orang kata ada beberapa tanda-tanda kita nak tahu jantina baby sebelum scan. Dan buat masa ni, ada beberapa simptom yang mama alami tu, kebetulan terkena kat baby boy:
1)     Mama tak mengalami mabuk hamil yang teruk dalam trimester pertama.
2)    Tapak kaki menjadi sejuk. Yang ni memang mama terasa sangat. Awal2 pregnant ni, mama dah pakai stoking tebal macam orang dalam pantang. Masa zaira dulu tak de simptom macam ni.
3)     Lebih mudah diserang sakit kepala. Hat yang ni pun memang selalu sangat. Walaupun kurang morning sickness tapi mama kerap sakit kepala.
4)     Perkataan pertama anak sebelumnya ialah “baba” atau “dada”. Zaira memang liat nak panggil “mama”. Sikit-sikit, baba..dada..baba..dada.. geram jer mama.
5)     Anak yang sebelumnya jika perempuan akan kelihatan seperti lelaki semasa bayi. Yang ni pun menepati, sebab ramai yang cakap zaira baby boy , sampaikan pergi pasar malam pun orang cakap, eh handsomenya baby ni.. -___- “
Dah pakaikan baju pink pun orang masih tanya, boy ke..hua3..
6)     melihat response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu mengandung.
Setakat ni kalau mama perhatikan, zaira tak ada masalah dengan mama. Manja macam biasa. hehe.. sampaikan dalam kereta kalau pergi mana-mana, dah tak nak duduk dalam car seat, asyik nak tidur atas riba jer.

Sekarang ni perut belum bape nak ada kan. So, tips yang orang tengok perut tajam ke bulat, belum relevan lagi..hihi. tapi nmpak cam bulat..sama macam bentuk masa mengandungkan zaira..hihi

Apa-apa pun, kalau betul pun semua tu mungkin sekadar kebetulan aja.
Ada kes yang scan, memang sah2 doktor kata baby boy, tup2 keluar baby girl..
Yang berkuasa menentukan jantina bayi tu cuma Allah sahaja.

Baby boy atau girl.. mama harap zaira akan jadi kakak yang baik yer sayang.
Insya Allah, mama yakin zaira dapat jadi kakak yang baik.. Amin..

zaira pun dah pandai sebut perkataan "adik.."
mama musykil plak, sebab mama tak pernah ajar zaira sebut perkataan "adik". 
mama tanya wan ke ajar zaira sebut perkataan adik.
wan cakap wan tak de pulak ajar zaira sebut perkataan adik.
dua hari lepas, zaira mengigau. 
tau perkataan apa yang keluar dalam tidur tu?
" adik.. adik"
(-_-)"
zaira tak sabar nk jadi kakak yer sayang?
=)
zaira doakan adik dalam kandungan mama sentiasa sihat yer..
dan doakan juga semoga dipermudahkan urusan mama untuk bersalinkan adik nanti.. 
insya Allah..

DOA UNTUK ANAK BIJAK DAN CERDIK


ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT MAMA

Setiap mama di dunia ni pasti mempunyai harapan dan impian untuk memiliki anak yang bijak dan cerdik. Mama Zaira pun begitu juga. jadi, untuk memiliki anak yang bijak dan cerdik, mama perlu berusaha secara konsisten dan luangkan masa untuk memupuk minat sukakan ilmu dalam diri Zairarizqa. Selepas berusaha, wajib bagi kita untuk berdoa dan bertawakal kepada Allah, supaya kita sentiasa ingat bahawa pergantungan hidup kita hanya kepada ALLAH SWT. 

kali ni mama nak share Doa untuk anak cerdik dan mendengar kata, semoga ada manfaat untuk diamalkan bersama:


a) Baca Fatihah (1 kali)


b) Baca Surah al Insyirah (1 kali)


a) Baca ayat Qursi (1 kali)



d) Baca Surah Toha ayat 1-5 (1 kali)



a) Baca surah al- Abiya ayat 79 (1 kali)



Kemudian hembuskan diubun-ubun anak dan niatkan anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar, rajin solat dan lain-lain. Amalkan setiap selepas solat, dan bacakan pada makanan dan minuman/ susu untuk diberikan pada anak.

doakan mama rajin-rajin amalkan doa ni yer

nota kecik: Doa itu senjata bagi orang muslim. :)


Wednesday, February 12, 2014

SEMOGA BIDADARI MAMA CEPAT SEMBUH...


Assalamualaikum...

Kisah zaira masuk hospital seperti yang mama ceritakan sebelum ni rupanya tak terhenti setakat tu.
Bermula pagi 09 Februari, mama rasa badan zaira macam panas. Tak lama lepas menyusu, zaira muntah.
Malam tu keadaan zaira bertambah teruk. Walaupun mama dah bagi ubat demam, tapi mama rasa tak de perubahan pada suhu badan zaira. Memang panas sangat. Mama lap-lapkan dengan tuala basah. Alhamdulillah, dalam pukul 3 pagi macam tu mama rasa dah kebah sikit.

Tepat jam 4.30, zaira merengek, mama memang tidur-tidur ayam je. mama rasa badan zaira panas semula. Memang risau, sebab ni pertama kali zaira demam panas yang teruk macam ni. Zaira memang jarang demam. Biasanya kalau nak demam, mesti tak jadi.. tapi kali ni memang demam balas dendam nampaknya.
Lepas mama dan papa solat subuh, terus decide bawak zaira ke hospital. Mama minta papa ambil EL, sebab kebetulan minggu lepas mama dah ambil EL dan cuti rehat masa zaira terminum minyak kayu putih tu. So macam susah sikit nak dapat cuti.

Sampai kat hospital, macam biasa zaira dah menangis bila nampak doktor, maybe kenangan ambil darah dua tiga hari lepas masih mengusik jiwa dan segar terpahat dalam ingatan zaira kot. Hehe. Kesian anak mama yang sorang ni. Sampaikan trauma.
masa cek suhu zaira kat hospital, suhu badan zaira dah mencecah 38.8’C. Terus doctor panggil mama dan suruh sama-sama bantu mandikan zaira. Bayangkan pepagi tu, dengan air sejuk, bertambah-tambah trauma la zaira dengan nurse, doctor dan hospital.


Masuk hari ni dah 4 hari demam, tapi dua hari ni demam zaira on off. zaira pun dah nampak sangat-sangat susut sebab tak lalu nak makan dan menyusu. 
Mama rasa macam dah tak serupa orang. Punya letih dan mengantuk masa pergi office. Mama ni pun…baru macam ni dah rasa sangat mencabar..huhu. zaira kerap sangat merengek dan menangis. Tak pe la, ini cabaran yang Allah bagi kepada mama untuk membesarkan zaira. Lagipun zaira sangat kurang buat perangai masa sihat dan aktif. Jadi mama tetap bersyukur dengan cubaan yang sedikit ni. Anak mama memang anak yang baik dan solehah. Amin..
Dalam demam-demam ni pun, zaira sempat belajar perkataan baru. Zaira dah pandai sebut perkataan “muntah”. Good girl.

Zaira cepat-cepat sihat yer sayang. Mama rindu nak dengar gelak tawa zaira.
Mama dan papa LOVE U SO MUCH!


Tuesday, February 11, 2014

KISAH ZAIRA DAN MINYAK KAYU PUTIH


Bismillahirrahmanirrahim..

CERITA 04 FEBRUARI
Tepat-tepat jarum jam ke angka 7, mama bergegas bawa zaira ke hospital kuala pilah.
Puncanya sebab ini:

Zaira terminum minyak kayu putih patani.. minyak ni mama letak atas rak buku.. siap sorok belakang frame gambar. Tapi entah macam mana, nak jadi cerita budak kecik ni, boleh terjumpa pulak.. Minyak ni pun dah lama tak digunakan, jadi mama memang tak tahu kuantiti asal minyak ni sebelum zaira tertelan.
Doctor terpaksa ambil darah zaira untuk dapatkan result. Masa ambil darah ni, rasa macam aduhai kesian sangat kat anak mama.
Sampaikan mama pun dah termenangis tengok zaira meraung-raung kesakitan.
So malam tu, mama dan zaira kena tinggal kat wad..

Keadaan zaira masa tu macam biasa, aktif sangat.. memang tak de simptom-simptom pelik sejak kat rumah pun lagi.
Cuba tengok gambar-gambar kenangan kat bawah ni, tak macam orang sakit pun kan.. hehe


Tapi mama tetap risau, dan ambil keputusan untuk ke hospital. Biar doctor yang buat pemeriksaan lanjut.
Alhamdulillah semua okey.
Pakar yakin zaira tak minum dalam kuantiti yang banyak, mungkin setakat terasa kat lidah, pastu dia terus buang…


Petang 5 Februari, tepat jam 5.00 zaira dah dibenarkan keluar wad. mungkin sebab aktif sangat, sebab main lari-lari dalam wad.. doktor pun suruh balik je..hehehe

Tapi pakar nasihatkan mama untuk pantau keadaan zaira. so, terpaksalah mama ambil cuti rehat. 
Pertama kali  mama bermalam di wad hospital dengan zaira, memang timbul keinsafan dalam diri.


Betapa betuahnya mama dikurniakan anak yang sihat dan aktif. Sedih dan luluh hati bila tengok ibu yang bersengkang mata menjaga anak-anak yang sakit. Bertambah pedih hati mendengar esak tangis anak-anak di selang seli dengan suara pujukan lembut si ibu yang cuba menenangkan kesakitan si anak.

Zaira pun kena bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah kurniakan ni yer sayang..
Mama sayang zaira!

Saturday, February 1, 2014

SELAMAT HARI JADI PAPA...


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum my little caliph, Zaira Rizqa..
Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga kita. Amin
hari ni 01 februari 2014  merupakan hari jadi papa.
Okey zaira, jom ucapkan selamat hari lahir kat papa..
“ Happy birthday papa!” mama dan zaira doakan semoga papa sentiasa bahagia dunia dan akhirat.


Kita sambut bihtday papa secara sederhana di kampung.

kali ni mama belikan kek balck forest untuk papa. hadiah jer belum beli..tk sempat nak beli..hehe.. nanti kita beli yer papa..

kek black forest sebelum dirasmikan

Cebisan kek selepas dirasmikan..hehe
selamat hari jadi sayang...
semoga sihat selalu, dimurahkan rezeki, dimudahkan segala urusannya,
dikurniakan peribadi yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya,

Ya Allah panjangkan umur suamiku,
agar lebih lama dia dapat bersamaMu untuk meningkatkan keimanannya 
jadikanlah kehidupan kami ini seperti ladang,
semoga diakhirat kelak dapat kami mengutip hasilnya

YA Allah..tambahkan amalan baiknya, 
yang dengannya membuatkan aku bertambah sayang
disaat bertambah usianya..
jadikanlah cahayaMu bersinar menyinari jalannya...

Ya Allah..aku yakin, Engkau tidak mensia-siakan segala usahanya,
untuk mencari harum surga ciptaanMu,
tempat rehat dan nikmat abadi....

we always love u papa!!!
from:
Mama, Zaira Rizqa n baby..

Wednesday, January 29, 2014

DESTINASI PERCUTIAN PERTAMA ZAIRA...


Bismillahirrahmanirrahim.
Sudah 29 hari berlalu sejak 2013 melabuhkan tirainya. Dan mama langsung tak berkesempatan untuk ucapkan selamat tahun baru! Ouh…
2014.
Mama tiada azam baru. Nak bercerita tentang azam baru pada hari ke 29 tahun 2014 ni terasa janggal. Tapi cukuplah mama katakan mama ingin tahun baru ni lebih bermakna, terutama dengan kehadiran insan-insan tersayang dalam hidup mama.
Dah lama mama dan papa rancang untuk bercuti dan bawa baby khalifah zaira jalan-jalan. Dan setiap kali, mesti kami terpaksa tunda percutian atas sebab-sebab tertentu.

Tapi mama tak pernah kecewa, sebab mama yakin, perancangan Allah tu lebih hebat dari perancangan manusia.
Kalau bukan hari ni, esok atau lusa, pasti hajat kami untuk bawa zaira bercuti dimakbulkan.
Dan janji Allah itu pasti.
Tanpa perancangan rapi, tiba-tiba papa buat keputusan untuk ke pulau pangkor.
Inilah destinasi percutian pertama zaira rizqa. Dan kami semua gembira walaupun hanya  bercuti di pangkor island.

Pesan mama pada zaira:

Nikmatilah kehidupanmu, tidak perlu dibandingkan dengan orang lain. Perasaan iri hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan. Lebih baik fikirkan apa yang kita miliki. Ianya akan membawakan lebih banyak rasa syukur dan kebahagiaan dalam diri kita sendiri.
Bagi mama, destinasi tak penting, yang penting ialah saat-saat indah yang terakam dan masa yang diluangkan bersama. CEWAH.
mama sharekan beberapa keping gambar untuk kenangan ya!

HARI PERTAMA

Sampai di terminal jeti Lumut ni lebih kurang pukul 6.00 petang. Memang dah sangat lewatkan..hehe


sampai je di Lumut, papa terus uruskan tiket feri dan kenderaan untuk di sewa kat Pangkor nanti.
sewa kereta ni RM 180.





Pertama kali zaira naik feri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..tapi masa ni zaira dah letih sebab zaira muntah-muntah dalam kereta. Macam biasa, budak kecik ni kan mabuk naik kereta. bukan takat zaira yang letih, mama pun letih.. minyak kat muka dah boleh buat goreng cekodok gitu.

 Lebih kurang pukul 7 petang baru sampai ke teluk nipah. Penat tak usah cerita.  

Malamnya kami cuma keluar makan dan jalan2 tengok gerai-gerai cenderamata dan baju di sekitar teluk nipah. Suasana malam kat teluk nipah memang 'happening' sebab ramai sangat orang.

HARI KEDUA:

Esoknya, pagi-pagi lepas breakfast, mama dan papa bawa zaira ke tepian pantai. 



Mama pun rasa puas hati tengok zaira seronok. Tapi keselamatan tetap diutamakan. hehe

Nak kata puas main air laut dan pasir pantai tu tak jugak, tapi sebab masa pun terhad, kami balik ke chalet. Lagipun kaki mama dah luka berdarah terpijak cengkerang keras masa cari port nak bergambar..hihi.

Dah sampai kat bilik, papa mandikan zaira dulu, then giliran papa. Lepas tu baru mama. Masa mama dalam toilet nil ah, zaira terjatuh katil. Benjol kat dahi. Mama dengar dari dalam toilet, bunyi zaira jatuh dari katil. Kuat jugak… memang benjol dan lebam kat dahi.
mama cepat-cepat suruh papa beli ais untuk tuam benjol. Last2 zaira tertidur. Kesian anak mama ni.

Papa cadang teruskan rancangan ke Mini Great Wall dan kota belanda.  Mama pantau perkembangan zaira.  Alhamdulillah, susu tak dimuntahkan semula dan zaira tak meragam walaupun mama tahu, dahi yang berbenjol tu masih sakit..








masa kat Kota belanda ni, papa terserempak dengan geng sepergunungan papa. 
so, apa lagi, bergambar lah sama-sama.


Selepas ke kota belanda. Baru mama shopping hasil laut untuk family. Tak banyak sangat dapat shopping, disebabkan masa yang terhad dan zaira pun dah letih.
Lepas dinner, terus beristerihat dalam bilik.

Mama tengok benjol di dahi zaira dah susut, cuma lebam jer sikit. Alhamdulillah.


HARI TERAKHIR

Sekejap betul masa berlalu. 
Pagi terakhir di pangkor, kami breakfast kat tepi pantai sambil tengok pemandangan yang saujana mata memandang.. hehe




Mama makan nasi lomak puyuh goreng.. boleh tahan sedap..
Lepas breakfast ni, barulah balik chalet dan terus berkemas untuk checkout.. 

last but not least, jalan-jalan dan beli ole-ole di sekitar pekan pangkor. perabih duit yang mana ada, kasi ringan dompet..ngee..




Rasanya hari terakhir paling mencabar. Zaira meragam nak tidur masa mama dan papa beratur panjang menunggu feri ke lumut. 


Naik lenguh mendukung zaira dengan beg-beg baju lagi.huhu.
Akhirnya dapat juga naik feri dengan jayanya.
Alhamdulillah, selamat tiba di Pilah tercinta jam 10 malam.

nanti mama dan papa bawa zaira pergi bercuti lagi ya sayang... =)