tok tok harimau pukul berapa sekarang?

Tuesday, March 4, 2014

BOY KE GIRL?


Assalamualaikum wbt..
hai anak mama yang solehah dan bijak..
Semoga zaira rizqa sentiasa di bawah rahmat Allah swt..
Amin ya rab al amin...



Alhamdulillah, zaira rizqa dah sembuh dari demam.
cuma kadang-kadang mama masih terdengar batuk zaira di tengah malam.

05 Mac ni genap usia zaira 1 tahun 5 bulan.
Sempena usia zaira yang dah 1 tahun 5 bulan ni, mama nak buat pengumuman rasmi.
Jeng3..
Sebelum ni mama ada bagi hint-hint je. tapi yang mana cemerlang tu, mesti perasan mama sebenarnya dah maklumkan pun secara tersirat tentang kehadiran bakal baby kedua dalam keluarga kami.
Insya Allah.. zaira rizqa akan jadi kakak solehah bulan julai 2014 nanti.

Masa mama mengandungkan zaira rizqa, memang rasa teruja nak tahu jantina zaira masa tu. Setiap kali mama pergi scan kat GH, setiap kali tu mesti doctor kata: “ sorry puan, tak nampak la jantina baby”
Frust tu memang frust…tapi mama lebih tumpukan pada kesihatan zaira masa tu. Sebab masa mengandungkan zaira, mama ada masalah anemia. Tapi hati kecil mama memang kuat mengatakan my first baby is a girl..
And, tara…
Memang girl… =)


Ramai yang teka baby kali ni baby boy. Tapi, mama tak scan pun lagi, sebab belum berkesempatan lagi. So, kita tunggu je la yer sayang..
macam zaira dulu, bila kandungan mama cecah 7 bulan baru mama scan di hospital swasta untuk tahu jantina baby. Insya Allah kali ni pun, mama akan ambil khidmat dr Asmah, di hospital Salam.
Buat sementara ni kita berteka teki dulu ye..
Kalau family terdekat, macam nenek zaira (belah johor), nek yang (johor), mak long n mak ngah (Melaka), even papa pun teka baby boy.
Setakat ni belum ada yang teka girl. Musykil lak mama. Apsal dorang pilih jawapan boy ek..
Seriously, kalau tanya hati kecil mama, kali ni boy ke girl.. mama pun tak pasti, tapi gerak hati mama macam girl..hihi..
Tapi orang kata ada beberapa tanda-tanda kita nak tahu jantina baby sebelum scan. Dan buat masa ni, ada beberapa simptom yang mama alami tu, kebetulan terkena kat baby boy:
1)     Mama tak mengalami mabuk hamil yang teruk dalam trimester pertama.
2)    Tapak kaki menjadi sejuk. Yang ni memang mama terasa sangat. Awal2 pregnant ni, mama dah pakai stoking tebal macam orang dalam pantang. Masa zaira dulu tak de simptom macam ni.
3)     Lebih mudah diserang sakit kepala. Hat yang ni pun memang selalu sangat. Walaupun kurang morning sickness tapi mama kerap sakit kepala.
4)     Perkataan pertama anak sebelumnya ialah “baba” atau “dada”. Zaira memang liat nak panggil “mama”. Sikit-sikit, baba..dada..baba..dada.. geram jer mama.
5)     Anak yang sebelumnya jika perempuan akan kelihatan seperti lelaki semasa bayi. Yang ni pun menepati, sebab ramai yang cakap zaira baby boy , sampaikan pergi pasar malam pun orang cakap, eh handsomenya baby ni.. -___- “
Dah pakaikan baju pink pun orang masih tanya, boy ke..hua3..
6)     melihat response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu mengandung.
Setakat ni kalau mama perhatikan, zaira tak ada masalah dengan mama. Manja macam biasa. hehe.. sampaikan dalam kereta kalau pergi mana-mana, dah tak nak duduk dalam car seat, asyik nak tidur atas riba jer.

Sekarang ni perut belum bape nak ada kan. So, tips yang orang tengok perut tajam ke bulat, belum relevan lagi..hihi. tapi nmpak cam bulat..sama macam bentuk masa mengandungkan zaira..hihi

Apa-apa pun, kalau betul pun semua tu mungkin sekadar kebetulan aja.
Ada kes yang scan, memang sah2 doktor kata baby boy, tup2 keluar baby girl..
Yang berkuasa menentukan jantina bayi tu cuma Allah sahaja.

Baby boy atau girl.. mama harap zaira akan jadi kakak yang baik yer sayang.
Insya Allah, mama yakin zaira dapat jadi kakak yang baik.. Amin..

zaira pun dah pandai sebut perkataan "adik.."
mama musykil plak, sebab mama tak pernah ajar zaira sebut perkataan "adik". 
mama tanya wan ke ajar zaira sebut perkataan adik.
wan cakap wan tak de pulak ajar zaira sebut perkataan adik.
dua hari lepas, zaira mengigau. 
tau perkataan apa yang keluar dalam tidur tu?
" adik.. adik"
(-_-)"
zaira tak sabar nk jadi kakak yer sayang?
=)
zaira doakan adik dalam kandungan mama sentiasa sihat yer..
dan doakan juga semoga dipermudahkan urusan mama untuk bersalinkan adik nanti.. 
insya Allah..

DOA UNTUK ANAK BIJAK DAN CERDIK


ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT MAMA

Setiap mama di dunia ni pasti mempunyai harapan dan impian untuk memiliki anak yang bijak dan cerdik. Mama Zaira pun begitu juga. jadi, untuk memiliki anak yang bijak dan cerdik, mama perlu berusaha secara konsisten dan luangkan masa untuk memupuk minat sukakan ilmu dalam diri Zairarizqa. Selepas berusaha, wajib bagi kita untuk berdoa dan bertawakal kepada Allah, supaya kita sentiasa ingat bahawa pergantungan hidup kita hanya kepada ALLAH SWT. 

kali ni mama nak share Doa untuk anak cerdik dan mendengar kata, semoga ada manfaat untuk diamalkan bersama:


a) Baca Fatihah (1 kali)


b) Baca Surah al Insyirah (1 kali)


a) Baca ayat Qursi (1 kali)



d) Baca Surah Toha ayat 1-5 (1 kali)



a) Baca surah al- Abiya ayat 79 (1 kali)



Kemudian hembuskan diubun-ubun anak dan niatkan anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar, rajin solat dan lain-lain. Amalkan setiap selepas solat, dan bacakan pada makanan dan minuman/ susu untuk diberikan pada anak.

doakan mama rajin-rajin amalkan doa ni yer

nota kecik: Doa itu senjata bagi orang muslim. :)