Bismillahhirrahmanirrahim
Dah nak
dekat dua bulan dah mama bercuti. Memikirkan bulan oktober ni mama akan mula
kerja macam biasa, rase lemah longlai pula lutut ni. Dah banyak lemak sangat
nampaknya mama ni. Hehe. Bukan apa, seronok pula melihat zaira rizqa dan zunnur
raisya membesar depan mata.
Opps..
Seronok-seronok jugak.. cuba time dua-dua mengamuk serentak, masa tu jugak rasa
nak pi masuk kerja cepat-cepat..hehe..
Ingatkan
time cuti macam ni boleh update blog hari-hari, tapi masih jugak tak
boleh. Bukan apa, malas nak berebut
laptop dengan si kakak zaira rizqa. Ni pun mama berkarya tengah-tengah malam
time dua-dua dah tidur. Nak update blog punya pasal, tahan mata kejap.
Adik raisya
baru je malam tadi tidur buai. Sebenarnya Mama sedaya upaya tak mahu raisya tidur buai,
tapi apakan daya, raisya ikut juga jejak langkah kakak zairanya tu. Cuma,
bezanya, rekod raisya bertahan tak tidur buai lebih lama, masuk je hari ke 50 dah “fail” di situ..
 |
Adik ZUNNUR RAISYA dah 1 bulan ++. Bukan main lenanya dia tidur kan.. |
yang bawah ni gambar kenangan kakak Zaira Rizqa dalam buai masa usia 4 bulan..
comey tak kakak?
 |
Kakak ZAIRA RIZQA usia 4 bulan.. :) serupe tak dgn adikRaisya? |
Raisya dah
4.35 kg masa checkup sebulan haru tu. dari 3.35 ke 4.35 kira naiklah 1kg..
Memang sangat kuat menyusu tau si comel
ni..badan pun dah semangat, naik lenguh lengan mama kalau time “breastfeeding”kan
raisya.
untuk rekod ketinggian dan berat kedua-dua puteri mama:
untuk rekod 1 month:
Tinggi: 55cm (+6cm)
Tinggi: 54cm (+4cm)
Alhamdulillah, Allah anugerahkan kesihatan yang baik pada kedua-dua anak mama ni
Membesarkan dengan sihat dan kuat yer sayang..