tok tok harimau pukul berapa sekarang?

Tuesday, October 6, 2015

AKTIVITI HOMESCHOOLING ZAIRA RIZQA

Bismillahirahmanirrahim
Masya Allah, anak yang rajin...
Semoga Kakak Zaira dan Adik raisya jadi anak yang cemerlang dunia akhirat. 
malam tadi mama luangkan masa buat projek homeschooling dengan kakak zaira.. maaf ye sayang sebab mama tak istiqamah.. apapun zaira memang anak yang rajin.  

Kesian Zaira, teruja sangat nak matchkan alphabet ni petang semalam. Tapi disebabkan adik Raisya yang makin panjang akal suka menyakat kakak, mama terpaksa simpan semula.

Malamnya bila adik Raisya dah tidur, barulah mama keluarkan semula dan ajak Zaira main sekali lagi. 

Zaira seronok belajar sambil bermain. Mama buat aktiviti yang simple je.

Aktivitinya ialah Match the Alphabet with the Animal Pictured Based. 
Seronok sangat mama lihat perkembangan Zaira. Zaira dah kenal semua huruf kecuali huruf N. Perkembangan yang sangat baik sayang. 

Tapi bab mengenal colour memang failed. Mama kena usaha lebih gigih lagi. maybe next aktiviti mama akan fokuskan bab warna pula ye sayang.

oktober lepas ialah hari ulangtahun Zaira yang ke 3. Alhamdulillah, mama bersyukur zaira membesar dengan sihat dan bijak. Thanks to ALLAH yang meminjamkan Anugerah ini kepada mama. 

Selamat hari lahir buat anakku tersayang, Zaira Rizqa...



Mama sayang Kakak Zaira dan Adik Raisya. :)


Saturday, September 27, 2014

HAI MAMA..I'M READY FOR SCHOOL



Assalamualaikum..

Kakak Zaira dah tak sabar nak ke sekolah. Hari sabtu, orang tak sekolah pun duk gigih menggalas beg sekolah ladybug dia yang comey tu.

Insya Allah, nanti kakak Zaira dah 4 tahun, mama daftarkan sekolah ya.. la ni meh blajar dengan mama dulu.

Sekarang ni suka sangat dia nyanyi lagu ABC dengan lagu 123. Tak kira masa, sampaikan adik Raisya nak tidur pun tak boleh..huhu. merdu sangat suara si kakak..hahaha..

Alhamdulillah, rajin-rajin belajar ye kakak..


Dah besar rupanya anak mama ni. :’)

Monday, September 1, 2014

BAHAGIANYA MELIHAT PERKEMBANGAN ANAK-ANAK DI DEPAN MATA..

Bismillahhirrahmanirrahim

Dah nak dekat dua bulan dah mama bercuti. Memikirkan bulan oktober ni mama akan mula kerja macam biasa, rase lemah longlai pula lutut ni. Dah banyak lemak sangat nampaknya mama ni. Hehe. Bukan apa, seronok pula melihat zaira rizqa dan zunnur raisya membesar depan mata.
Opps.. Seronok-seronok jugak.. cuba time dua-dua mengamuk serentak, masa tu jugak rasa nak pi masuk kerja cepat-cepat..hehe..

Ingatkan time cuti macam ni boleh update blog hari-hari, tapi masih jugak tak boleh.  Bukan apa, malas nak berebut laptop dengan si kakak zaira rizqa. Ni pun mama berkarya tengah-tengah malam time dua-dua dah tidur. Nak update blog punya pasal, tahan mata kejap.

Adik raisya baru je malam tadi tidur buai. Sebenarnya Mama sedaya upaya tak mahu raisya tidur buai, tapi apakan daya, raisya ikut juga jejak langkah kakak zairanya tu. Cuma, bezanya, rekod raisya bertahan tak tidur buai lebih lama,  masuk je hari ke 50 dah “fail” di situ..


Adik ZUNNUR RAISYA dah 1 bulan ++.  Bukan main lenanya dia tidur kan..
yang bawah ni gambar kenangan kakak Zaira Rizqa dalam buai masa usia 4 bulan.. 
comey tak kakak? 

Kakak ZAIRA RIZQA usia 4 bulan.. :) serupe tak dgn adikRaisya?


Raisya dah 4.35 kg masa checkup sebulan haru tu. dari 3.35 ke 4.35 kira naiklah 1kg.. 
Memang sangat kuat menyusu tau si comel ni..badan pun dah semangat, naik lenguh lengan mama kalau time “breastfeeding”kan raisya.

untuk rekod ketinggian dan berat kedua-dua puteri mama:

Zaira Rizqa - newborn 
Berat: 3.20 kg
Tinggi: 49cm

Zunnur Raisya - newborn
Berat: 3.35 kg
Tinggi: 50cm


untuk rekod 1 month:

Zaira Rizqa - 1 month 
Berat: 4.1 kg (+0.9kg)
Tinggi: 55cm (+6cm)

Zunnur Raisya - 1 month 
Berat: 4.35 kg (+1kg)
Tinggi: 54cm (+4cm)

Alhamdulillah, Allah anugerahkan kesihatan yang baik pada kedua-dua anak mama ni
Membesarkan dengan sihat dan kuat yer sayang..





Sunday, August 24, 2014

MH17 DAN AL FATIHAH

Assalamualaikum anak-anak mama tersayang!

Ya Allah, ya rahman, ya rahim..didiklah anak-anakku ini, Zaira Rizqa dan Zunnur Raisya menjadi insan-insan yang Engkau redhai. Moga mereka menjadi hambaMu yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin ya rab al amin…

Alhamdulillah, walaupun Negara dalam kesedihan akibat kehilangan misteri pesawat MH370 dan nahas Mh17 yang ditembak jatuh oleh pihak tidak bertanggungjawab, namun di setiap kesedihan itu pasti ada hikmahNya.

Maha suci Allah, hanya Dia yang mengetahui setiap segala kejadian. kita sebagai menusia hanya mampu meneka dengan pelbagai kemungkinan yang tak pasti.

Barangkali  Allah ingin memanggil semula ingatan kita kepadaNya dengan ujian yang ditimpakan.  Dan barangkali Allah rindu ingin mendengar kesungguhan doa kita kepadaNya. Dan barangkali juga kita sudah terlalu jauh dariNya..inilah saatnya kita kembali dekat kepadaNya.

mama harap anak-anak mama akan sentiasa ingat pesan mama:  setiap kelukaan takkan pernah sembuh selagi kita tak datang dekat pada-Nya.



Alangkah manisnya jika media sosial, stesyen Tv terutamanya terus memperdengarkan surah al fatihah tanpa perlu menunggu khabar berita sedih seperti ini.
Zaira rizqa sendiri sangat suka mendengar surah al fatihah dan ikut sama membaca walaupun dengan bacaan yang pelat dan masih banyak yang tidak betul.
Tragedi ini memang terlalu merundung duka di hati mama, namun bila zaira ikut membaca al fatihah, mama mampu tersenyum tenang.
Mungkin ini yang dikatakan hikmah.

Semoga semua ahli keluarga mangsa yang terlibat tabah dan sabar menghadapi ujian maha hebat ini.


Innalillahi wainnailahirajiun.

Friday, August 22, 2014

ZUNNUR RAISYA~ANUGERAH YANG MAHA INDAH

Bismillahirrahmanirrahim

Tiada ungkapan yang dapat dilahirkan selain ucapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT atas kurniaan yang maha indah ini.

Alhamdulillah.

Zunnur Raisya telah selamat lahir ke dunia pada 9 julai 2014 pada jam 4.11 pagi dengan berat 3.35kg. Selamat datang sayang!




Memang terlalu lewat mama menulis tentang kelahiran Zunnur raisya di sini. Mencari-cari ruang masa menyebabkan mama agak terlewat. Namun, syukur kerna masih diberi kesempatan waktu untuk menulis tentang Zunnur Raisya.

Hari ini genap hari yang ke 45. Alhamdulillah Zunnur Raisya berada dalam keadaan sihat walaupun semasa kandungan mama 8 bulan, mama disahkan sebagai pembawa kuman GBS.  Tak terluah rasanya rasa bimbang dan sedih mengenangkan risiko jangkitan kuman tersebut kepada Zunnur Raisya kelak. Namun, sesungguhnya Allah maha mendengar doa hambaNya. Doa mama agar Zunnur Raisya sihat dan tidak dijangkiti kuman diperkenankan Allah.

Kesakitan yang Allah kirimkan ternyata sementara. Mengingatkan dan membayangkan mama akan menerima anugerah yang lebih indah dan tentunya tidak setanding dengan rasa sakit yang sementara itu, mama terus berjuang sambil bibir dan hati tak putus berdoa agar segalanya dipermudahkan. Sesungguhnya, Zunnur raisya sendiri  merupakan sokongan, dorongan dan kekuatan termahal untuk mama terus berjuang..


Syukur dan terima kasih ALLAH! Kelahiran puteri kedua mama ini merupakan satu lagi amanah besar yang Allah berikan kepada mama dan papa. Semoga mam dan papa mampu melaksanakan amanah ini dan mendidik Zaira Rizqa dan Zunnur Raisya dengan iman dan ketaqwaan.
Dan semoga juga anak-anak mama ini akan membesar menjadi puteri-puteri yang mencintai Allah, Rasulullah, Al Quran, umat Islam dan akhirat. Amin ya rab al amin.
Insya Allah!!

Mama sayang kamu berdua selamanya. =)

Monday, May 19, 2014

PENCAPAIAN ZAIRA YANG MENGHARUKAN MAMA DI USIA 17 BULAN

Assalamualaikum wbt anak-anakku tersayang

Dianugerahkan pinjaman anak ini oleh Allah AWT, sememangnya satu perasaan yang sangat indah. Setiap kali Zaira Rizqa melakukan sesuatu, mama pasti TERUJA dan TERSENYUM melihatnya.
Anak yang bernama Zaira Rizqa ini adalah amanah Allah kepada mama

Alhamdulillah.. satu pencapaian yang sangat disyukuri oleh mama dan papa kerana pada usia 17 bulan, si kecil mama ini mampu mengenal hamper 14 huruf hijaiyah berbaris fathah.

Mungkin pada pandangan orang lain, pencapaian ini biasa-biasa sahaja dan telah ramai juga anak kecil lain yang lebih baik pencapaiannya..tapi bagi mama, setiap kali zaira Berjaya melakukan sesuatu, mama sebagai ibu merasakan suatu perasaan yang sangat luar biasa. 
Terhari dan syukur bercampur baur.

Mama tahu banyak lagi usaha yang perlu mama dan papa lakukan dan ia tak kan pernah berakhir.


Semoga Zaira Rizqa dan baby dalam kandungan mama ini akan jadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

Amin ya rab al amin..

Amin ya rab al amin...

Tuesday, April 29, 2014

SI ADIK YANG TAK BANYAK RAGAM

Assalamualaikum

Allahu akbar! Menyemak tarikh terakhir entry di blog ini, mama seakan baru tersedar, mama tak mencatitkan apa-apa catatan sepanjang bulan April untuk anak-anak mama yang solehah ni.
Maafkan mama yer anak-anak tersayang.

Diam tak diam, zaira dah 17 bulan.  Perlakuan dan telatahnya semakin mencuit hati mama. Insya Allah mama tetap memberikan perhatian pada zaira walaupun dalam keadaan si adik yang semakin lama semakin membesar dalam rahim mama.

Alhamdulillah, si adik tersangatlah baiknya.  Sepanjang mengandung ni, kurang sangat muntah-muntah.  Walaupun dah masuk 7 bulan ni, mama masih rasa sihat dan bertenaga. Mengandungkan Zaira di trimester pertama adalah pengalaman yang sangat mencabar.. tapi tidak untuk kali ini, rasanya trimester pertama berlalu dengan sangat pantas. J Sedar-sedar jer dah 7 bulan. Alhamdulillah.

Setiap kali buat ultrasound, memang saat yang ditunggu dan mama suka sangat sebab dapat lihat perkembangan baby. Tapi jantina si adik ni masih belum nampak lagi sepanjang buat ultrasound di klinik kesihatan. Adik nak buat surprised la tu ye.. 

hari jumaat lepas, mama ada appoiment dgn doktor Alinawati di Hospital Salam. kali ni mama cuba buat  4Dscan untuk tengok perkembangan dan ketahui jantina adik. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan Allah. 

ni hasil scan pada jumaat lepas..

doktor alina kata adik senyum simpul jer masa scan ni. hehe ..
Kedudukan adik songsang, tapi doktor bagitahu masih ada peluang untuk pusing pada kedudukan normal memandangkan mama baru 28 minggu 6 hari.

Ramai juga yang tegur, mama lebih berseri masa mengandung ni. masa mengandungkan zaira after kandungan 6 bulan pun pun sama. tetiba jer naik seri.. tu orang yang cakap la. mama tak perasan pun seri ke tak..huhu.

hasil scan, doktor bagitahu mama mengandungkan baby girl...

 betullah orang dulu2 kata, kalau mama dia berseri ni, kandungan tu anak perempuan.. hehe..

so kakak zaira, adelah kawan nak main masak-masak nanti yer. :)